Monday, May 14, 2012

Seputar Kisah Majlis Persandingan Zulakmar dan Syikin di Kelab Equestrian Bukit Kiara pada 12 Mei 2012

 
 
 
 
 
 

Pameran Buku Antarabangsa KL 2 Mei 2011

Seperti biasa pentas utama di Dewan Merdeka ini disisip dengan pelbagai pengisian. Borak buku, pelancaran buku baharu, temu ramah penulis, pengenalan Bulan Bahasa Kebangsaan oleh DBP yang bakal diadakan pada bulan Oktober dan kegiatan-kegiatan lain yang pasti memeriah dan merancakkan PBAKL kali ini.

Penerbit Mc Graw Hill, antara penerbit buku yang 'kaya' dengan 'khazanah' dan koleksi buku-bukunya.

Penerbit Karangkraf juga tidak ketinggalan 'gah' dengan warna 'merah'. Di penjuru kanan ruang pameran  disediakan pentas untuk sesi wawancara, bicarawara, sudut bercerita, baca lewa sambil ketawa atau santai merakamkan nostalgia.


Kala di ITBM, saya sempat menyambar buku baharu seperti Kembara Sastera Nisah Haron, Perempuan Nan Bercinta nukilan Dr. Faisal Tehrani dan Malam Pertama karya Lutfi.  Saya juga diamanahkan untuk memilih buku-buku dan jurnal-jurnal berwasit dari berpuluh-puluh penerbit yang sempat dikunjungi.  Oleh jarak yang jauh dan kesuntukan masa, maka pemilihan dibuat agak tergesa-gesa, namun masih bersyukur kerna diberi 'nafas' yang berbaki untuk ke sana.  Terima kasih kepada saudara Zulkifli dan Azhar dari TOHOKU Enterprise kerana menaja makan tengah hari.  Mungkin lain kali, kami perlu ke sana awal sehari untuk 'memaksimakan' masa dan peluang. Insya Allah.

Tuesday, May 8, 2012

Kursus Pemantapan Staf APB di Suria Cherating Resort 21-22 April 2012


Kami bertolak awal ke Cherating (seputar jam 8.30 pagi), memandangkan masih awal untuk daftar masuk Suria Cherating Resort maka kami singgah sejeda di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Tengah hari mentari terik menggigit, bahang pasir pantai yang putih dan melaut telah 'menghalau' para pengunjung untuk 'berteduh' di Medan Selera yang berhampiran. Medan Selera untuk pengunjung bersantaian direka kemas dan dijaga bersih.  Tahniah kepada Dewan Perbandaran Kuantan kerna gigih 'memurnikan' pantai libur yang indah mendamaikan itu. Andai diizinkan waktu, mahu juga membenamkan kaki lelah ini ke dalam pasir pantainya yang sedikit jerlus dan halus. Andai...

Kursus selama 2 hari 1 malam terasa cepat berlalu kerna seusai urusan daftar masuk lewat jam 3.00 petang.  Kami terpaksa atau dipaksa bergegas ke dewan kursus untuk mendengar taklimat.  Acara awal berjalan lancar dan pantas. Urusetia yang rata-rata masih pucuk namun 'berani' mencuba yang baharu dan 'tidak silu' mengarahkan staf-staf 'lama' menurut 'perintah'.  Namun atas dasar kesepakatan dan 'sportmanship', kami berjaya digaulmesra dalam masa sesingkat 1 jam itu. Siapa sangka ya!


Pantai Cherating yang mengusik rasa pasti meninggalkan jejak kenangan yang tidak bisa 'dipadam' oleh ombak masa. Sesungguhnya, suasana pantai yang permai, kemudahan hotel yang memadai dan menu juadah yang direncahi makanan yang enak dan beraneka pasti bisa menyirna 'kebosanan' dan 'rungutan-rungutan' kecil para peserta. Yang penting kita sempat menjalin semula kemesraan dan ikatan 'kekeluargaan' yang kian pudar oleh kesibukan rutin dan waktu.
Mentari pagi setia menemani ufuk timur sambil memantulkan sinar ke cermin segara. Alunan ombak kecil nan perlahan tetap cuba memukul pantai.  Kepulan awan pagi masih senyap mengapungkan diri di kaki langit.  Sesekali menutup wajah mentari.

Kali ini APB UiTM Johor sempat mengumpulkan keluarga kecil sejumlah 30 orang di Pantai Timur yang memang digemari para pelancong.  Kapan mau ke sana lagi?  Di sudut memori, masih terpancar babak aksi para peserta lelaki berkain batik sambil bermain futsal pantai. Yang jelas, ketawa ria melihat gelagat lucu dan 'sporting' para peserta lelaki sungguh di luar jangka. Gelak ketawa juga bisa menghilangkan 'stres'. Hahahahahha.
( menurut satu kajian di US: menaiki 'roller coaster' berjaya menaikkan tahap keyakinan diri, juga mengurangkan stres) Paling tidak, kita cuba ketawa untuk mengurangkan stres dalam kehidupan kita. Marilah ketawa secara waras!!! Hahahahahahaha.
Semasa mendengar ceramah Pak Su ( Mohd Soder- Kaunselor), sifat suka memberi merupakan suatu perlakuan yang menunjukkan kasih-sayang. Memberi perkhidmatan secara ikhlas dan berterusan pasti menggembirakan dan berjaya 'memuaskan' hati si pemberi. Yang menerima pula akan terkesan sifat keikhlasan si pemberi. Sebaliknya, si penerima mungkin akan terfikir adakah aku akan terus-terusan berada di kedudukan 'menerima' saja tanpa mau memberi atau menyumbang? Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun, kita pasti akan cuba memberi walaupun dengan 'sekelopak senyuman' atau 'sapaan salam' yang santai dan ikhlas. Kita pasti akan lebih bahagia andai sifat berkira-kira dan bersangka buruk dikikis dengan hanya dimulai dengan perkara-perkara yang temeh. Cubalah....