Thursday, February 25, 2010

 

Kau meletakkan harga pada sebuah percintaan

yang sepatutnya tidak disandarkan

kepada sebarang materi dan kedudukan

yang selayaknya berlangitkan

kepada secakerawala kejujuran

dan sejagat raya ketulusan



Aku kini merindui dambaan

dan rangkulan secebis rindu rembulan

yang sepatihnya melunaskan

sehelai daun rindu yang mulai berguguran.



Ainol Hasanal Bin Jalaluddin

PPJ Segamat

25 Feb 2010

Monday, February 8, 2010

Kelas Bahasa Mandarin di Kolej Komuniti Segamat 2 ( 7 Feb 2010 ) - Landskap nan indah dan pelajar yang pelbagai latar








Kelas bermula 7 Feb dan akan berakhir pada 8 April 2010. Semalam ia dihadiri 13 peserta daripada pelbagai latar komuniti setempat.  Ada dari JKR, lepasan SPM dan Universiti dan Politeknik, juga ada usahawan dan pengajar KKS 2 sendiri menghadirinya kerna ingin mengikuti perkembangan pendidikan anak perempuannya yang sedang bersekolah di SRJKC. Bagi mereka Belajar Sepanjang Hayat merupakan moto yang secocok dengan keperluan mereka buat masa sekarang. Lai lai xue Huayu...

Modul Insaniah 3 ( 6 Feb 2010)

24 peserta ceria mengambil gambar untuk kenang-kenangan

kumpulan terbaik yang menghasilkan Radio DJ daripada Kumpulan DJ
mereka menang kerna berjaya menghayati falsafah dan wawasan kumpulan
yang digariskan.mereka juga lekas mesra,matang dan saling membantu dan
berani memimpin...cayalah Zarif, Ketua Kumpulan DJ.

karya yang menang !

Roket yang dihasilkan oleh kumpulan Green Forest

Topi dan Skrol graduat sentuhan Kumpulan MAS(Motivasion and Academic Society)

Modul 3 memfokus kepada melahirkan pemimpin dalam kalangan peserta. Mereka didedahkan dengan pengurusan persatuan,perancangan dan pelaksanaan program yang dicadangkan. Ia bertujuan melahirkan pemimpin yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam kepimpinan organisasi, pengurusan organisasi seperti mempengerusikan mesyuarat,menulis minit mesyuarat,menyediakan kertas kerja dan seterusnya membentangkannya. Team work yang dizahirkan akan menghasilkan karya yang mewakili kumpulan dan semangat kerjasama dan keserakanan yang diharapkan. Ternayta ia tidak mengecewakan kerna mereka faham dan bersedia melakukan perubahan dan menyahut cabaran modul dan fasi.
Syabas anda semua!

ceria selalu!

Bengkel Seni Kreatif Taska Ar-Raudhoh ( 30 Jan 2010 )

Karya yang bakal dihasilkan oleh guru-guru Taska AR
Bengkel SK dibimbing oleh Cikgu Ibrahim Taigo
(guru biologi SMK Dato Bentara Dalam Segamat)
Guru-guru sedang merenyok suratkhabar lama untuk dijadikan Ikan
bentuk Ikan dilakar dahulu

setelah digunting,dikelip bahagian tepi,kemudian diisi
kertas surat khabar lama

ikan diwarna mengikut kegemaran pengkarya
ikan badut mulai membentuk dan berenang
ini pula sang Nemo dan rakannya
mari membuat jambangan bunga kertas untuk orang yang tersayang
kombinasi warna yang menyegarkan
tara ! dah siap
lagi jambangan bunga buat yang teristimewa
buha-buahan ini akan digunting kemudian untuk menghasilkan
bahan seni yang digantung di pintu atau di siling bilik, cantikkan?
buah-buahan yang 'menyelerakan'!
mari membuat kelawar
kelawar sudah mula membentuk
Umi Siti dan Amira
ikan-ikan comel ceria berenang di akuarium karya Taska AR

Monday, February 1, 2010

Menghirup Aroma di Kafe Sisi 1Malaysia


Wilayah indera asyik meladeni aroma bersialangan

Wajah pojok kafe sisi mempamerkan kepelbagaian

Menggamit pengunjung singgah melunasi kehausan


Bersantai sejeda demi membugar jasad kepikunan

Setelah bertahun jiwa dibadai kemelut dan kekalutan

Petualang menyusup dari segenap kesempatan

Seteru seberang menyebar hasutan

Mencipta vakum menekuni lompangan


Usai menjamu selera hidup dilangsungkan

Tetap mengeraskan sikap siagaan

Tekun menggembleng tenaga

Meskipun kulit diteriki suria

Meskipun jasad terdera cuaca

Demi kelangsungan agenda 1Malaysia

Taufan menggila tetap dijinak-waraskan sesetianya

Nukilan: Ilham Ainol
SU PPJ Segamat