Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012, Salam Mesra 2013

 
Menyelak tirai 2012, pasti terlihat pelbagai urna, rasa dan peristiwa melatari langit kehidupan ini.  Tiada sesaat pun yang perlu disesalkan maupun ditangisi.  Hanya segunung kesyukuran atas limpah kurnia-Nya yang tidak pernah terkurang maupun terlewat. Untuk itu, aku bersyukur dan menghargai setiap inci ruang dan peluang yang tercipta. Esok disambut sepenuh syukur jua. Salam ketemu wahai 2013.  Moga sapaan ini bisa melembutkan badai dan dugaan yang bakal menjelma.  Doakan semangat cekal dan tabah sentiasa siap siaga untuk mendepani halangan dan perujian daripada-Nya. Insya Allah, aku akan semakin waras dan matang dalam setiap tindakan.  Kepada sahabat dan pelajar-pelajar, usah gundah mendepani kesulitan, cubalah sebaiknya dan pohonlah keberkatan daripada-Nya.  Amin.

Wednesday, November 28, 2012

Ziarah Seni 3 - Rentas Semenanjung - Kembara Bahasa 2012 21-25 Nov 2012


 seawal jam 5 pagi sudah berada di lobi JB Central untuk berjalan kaki ke JB Sentral
 Malam Perasmian Penutup oleh Timbalan Menteri Pelajaran di
Dewan Latihan PETRONAS, Bangi
sesi ucap selamat tinggal dan rakaman terima kasih di lobi INFRA
Dr. Awang sibuk melayan peminat Kumpulan Puisi beliau yang bertajuk
Mencari Makna Diri
Adik Aliff yang periang

Azmi @ Sherry @ Adek
 Syukri yang tekun menulis
 Dr. Awang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan Ziarah Seni pada malam 21 Nov 2012 di Menara DBP KL
 sempat berposing dengan ****** di PICC pada petang 21 Nov 2012
 Dataran Putrajaya pada petang 23 Nov 2012
 sempat 'mencapop' dengan adik-adik IPG Perlis dan IPG P. Pinang dengan
artis undangan Farhan.
bakal guru muda belia dari IPG Perlis dan IPG P.Pinang -
fizzi, Dek where, lukman dan azrie


Monday, November 26, 2012

Teater Nona Santun 8 Nov 2012






 
Saya berbekalkan rasa teruja saat menonton teater NS ini. Ini kerana salah seorang watak teater ini telah 'meminjam' nama saya. Terima kasih diucapkan kepada Pn Rahimah Muda selaku penulis skrip teater NS kerna sudi menggunakan "Ainol Hasanal" untuk diabadikan dalam naskhah ringan namun 'sarat' makna.  Ia tidak lain tidak bukan untuk menyuntik semangat dan membarakan rasa cinta kita kepada pendidikan Bahasa Melayu yang tercinta. Sesungguhnya saya rasa dihargai dan disayangi! Bahasa Jiwa Bangsa.

ACCON 08 2012 2-4 Nov 2012

ACCON 08 2012
 
Konferensi Akademik ke-8 anjuran BPJIA UiTM Johor telah berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Pahang DM pada 2-4 Nov 2012. Sebanyak 45 abstrak dan 25 kertas kerja lengkap telah diterima untuk dibentangkan dalam ACCON 08 yang telah diadakan pada 3 Nov 2012. Selaku Ketua JK Kertas kerja dan Prosiding, saya rasa tugas yang digalas kali ini agak mudah jika dibandingkan dengan ICIEB dan IID 2012 lalu. Ribuan terima kasih kepada Dr. Carol, Suhaili, Sofwah, En Ahmad Kamil dan Pn Noridah kerna telah memberikan kerjasama dan saranan yang mampu memantapkan lagi perjalanan ACCON 08. Meskipun dibasahi hujan dan diselimuti kedinginan, namun ACCON 08 tetap dilangsungkan dengan penuh kejayaan. Pada pagi Ahad pula, kami sekeluarga sempat bermain 'air' dan berekreasi di Taman Air yang sungguh mengujakan dan 'menyejukkan'.

Tahniah kepada semua pembentang kertas kerja dan pihak urus setia yang setia membantu.
 





 
 

Wednesday, October 24, 2012

Bicara Sastera Sempena BBK 2012 pada 9-10 Okt 2012

Program dirasmikan oleh Tuan Zahari Sarip, Pegawai Khas kepada
 Timbalan Menteri Pelajaran II

PM Dr. Omar Hj Samat, Rektor UiTM Johor sudi menyampaikan cenderasukma
kepada perasmi

berdiri: Ainol, Shapiai dan Rahimah Muda
duduk: PM Ahmad Nawawi, Tuan Zahari, PM Dr. Omar dan Tuan Rusdi Abdul Rahman

panel Forum BS: Tuan Hj Shapiai, Cikgu Abdul Talib Mohd Hassan,
Rahimah Muda dan Zaid Akhtar


Puan Salina Ibrahim turut menyampaikan ceramah pada sesi petang 9 Okt 2012
saudara Syukri Sapuan juga sudi berkongsi ilmu dan pengalaman
bersama-sama peserta BS
 
barisan pemenang deklamasi sajak

kenangan BS di UiTM Johor

Wednesday, October 3, 2012

Kembara keTanjung Piai-Pulau Kukup-Pontian 29-30 Sep 2012












 usai kembara, kami menyusuri sungai Ular untuk ke jeti
 
perahu tersadai lelah di gigi alur sungai setelah dibadai ombak
pohon kelapa teman pantai yang sejati, dan sunggah mengilhamkan
malam perasmian di dewan taman negara Johor
ah! aku datang, aku lihat, aku takluk.
 
dapat melihat glob sendeng di penjuru benua, menandakan aku sudah sampai ke sina,
anda pula?
akar jangkang yang terjuntai tinggi
kenalkan - lokan, siput timba, siput mata merah dan berongan
sempat diberi peluang menanam bakau kurap
Dr. Awang Sariyan sudi berfoto seusai menanam bakau