Tuesday, April 27, 2010

Sajak Ribut Kuali Panas di Berita Harian pada 25 Apr 10


Langit tinggi benderang jelas

Siang malam cuaca panas

Nafas sesak pengap melemas

Badan lekit kulit berlengas

Makan sesuap tidur tak puas

Anehnya

Kuali sahsiah pijar membara

Terpercik pekung ke telinga dusta

Terkepul wasap mata berpinar

Tertusuk kata hati meraung

Punggung tak senang duduk merenung

Panas datang bergulung-gulung

Akibat kerbau dicucuk hidung

Kini kerbau menanduk punggung

Murbawan ketawa perut kosong

Lelucun usai episod bersambung

Akhirnya semua bertangan kosong.



Ainol Hasanal Bin Jalaluddin

@Ilham Ainol

PPJ Segamat

18 Mac 2010

Wednesday, April 21, 2010

Menziarah Kg Mukut di Pulau Tioman pada 17-18 April 2010

berlepas dari Jeti Mersing dengan menaiki feri Blue Water
Berlepas jam 11pg ke Pulau Tioman
deburan ombak/air yang mengasyikkan!
2 jam kemudian tiba di jeti Kg Paya
diangkut dengan bot laju ke Kg Mukut
Sdr Lee teruja atau terkejut?
satu pengalaman yang mendebarkan
batu tanda Mukut Harmoni Resort
Jeti yang baharu dan kukuh di Kg Mukut
Gunung Nenek Semukut setia menanti kehadiran tetamu
dura chalet yang sederhana dan santai
air terjun atau jeram, biar apa pun airnya nyaman sekali
perjalanan ke sana hanya 10 minit dari chalet, dekat bukan?
berendam sambil menikmati suasana hutan yang tenteram
jemari mentari pagi mulai menguak jendela langit yang berawan
di kejauhan panorama teramat mendamaikan
Jeti Kg Mukut hening pada waktu subuh
Marina di Tekek
Masjid An-Nur di Kg Mukut

Monday, April 12, 2010

Catatan Malam Terbakar


Kurenyokkan pesanan malam

Yang tercatat aksara silam

Kulontarkan jauh ke lembah dalam

Lalu terbakar disambar dendam

Thursday, April 1, 2010

Kabut Kelam & Ribut

t
Kabut pagi di Jambatan Segamat pada waktu pagi April's Fool bisa menghantar ingatan kepada :-

1. Pak Kabut, nenda sebelah emak di Kampung Koto Panjang di Talu, Sumatra Barat.
2. Filem 'Kabut Sutra Ungu' lewat tahun 70-an yang pernah meninggalkan kesan mendalam dalam diri.
3. Kabut pagi di Genting Highlands dan Cameron Highlands persis kabut pagi di Segamat. Alangkah bahagianya perasaan itu.
4. Kelam kabut di dalam Dewan Undangan Negeri Perak persis Zoo. YB bertempik,terpekik dan gagal mengawal rasa dan tingkah laku yang amat memalukan.  Mereka sesungguhnya tidak sedar bahawa gelagat songsang dan tindakan celaru tersebut akan kekal di lipatan sejarah dan kotak memori anak-cucu kita.  Malulah sikit! Dewan itu mesti dimaruahi dan dijunjung tinggi,bukan diludahi dan diberaki!