Selamat Bertunang. Moga diberkati dan berbahagia sehingga ke penjuru usia.
Monday, March 8, 2010
Tuesday, March 2, 2010
di sini kubisa memetik kuntuman bahagia
di sini aku bisa memetik kelopak bahagia
untuk disematkan ke dada jiwa indah mempesona
cinta terempang tulus oleh titisan embun waja
haruman semerbak meruap bebas ke segenap rasa
waktu bergulir sederhana cuma
kerna dia aku dan engkau saling bersua
menjambantani sebuah keserakanan yang mulia
untukmu agama nusa dan bangsa
berpaksi utuhlah pohon 1Malaysia
Ilham Ainol
PPJ Segamat
Thursday, February 25, 2010
Kau meletakkan harga pada sebuah percintaan
yang sepatutnya tidak disandarkan
kepada sebarang materi dan kedudukan
yang selayaknya berlangitkan
kepada secakerawala kejujuran
dan sejagat raya ketulusan
Aku kini merindui dambaan
dan rangkulan secebis rindu rembulan
yang sepatihnya melunaskan
sehelai daun rindu yang mulai berguguran.
Ainol Hasanal Bin Jalaluddin
PPJ Segamat
25 Feb 2010
Monday, February 8, 2010
Kelas Bahasa Mandarin di Kolej Komuniti Segamat 2 ( 7 Feb 2010 ) - Landskap nan indah dan pelajar yang pelbagai latar
Kelas bermula 7 Feb dan akan berakhir pada 8 April 2010. Semalam ia dihadiri 13 peserta daripada pelbagai latar komuniti setempat. Ada dari JKR, lepasan SPM dan Universiti dan Politeknik, juga ada usahawan dan pengajar KKS 2 sendiri menghadirinya kerna ingin mengikuti perkembangan pendidikan anak perempuannya yang sedang bersekolah di SRJKC. Bagi mereka Belajar Sepanjang Hayat merupakan moto yang secocok dengan keperluan mereka buat masa sekarang. Lai lai xue Huayu...
Modul Insaniah 3 ( 6 Feb 2010)
24 peserta ceria mengambil gambar untuk kenang-kenangan
kumpulan terbaik yang menghasilkan Radio DJ daripada Kumpulan DJ
mereka menang kerna berjaya menghayati falsafah dan wawasan kumpulan
yang digariskan.mereka juga lekas mesra,matang dan saling membantu dan
berani memimpin...cayalah Zarif, Ketua Kumpulan DJ.
karya yang menang !
Roket yang dihasilkan oleh kumpulan Green Forest
Topi dan Skrol graduat sentuhan Kumpulan MAS(Motivasion and Academic Society)
Modul 3 memfokus kepada melahirkan pemimpin dalam kalangan peserta. Mereka didedahkan dengan pengurusan persatuan,perancangan dan pelaksanaan program yang dicadangkan. Ia bertujuan melahirkan pemimpin yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam kepimpinan organisasi, pengurusan organisasi seperti mempengerusikan mesyuarat,menulis minit mesyuarat,menyediakan kertas kerja dan seterusnya membentangkannya. Team work yang dizahirkan akan menghasilkan karya yang mewakili kumpulan dan semangat kerjasama dan keserakanan yang diharapkan. Ternayta ia tidak mengecewakan kerna mereka faham dan bersedia melakukan perubahan dan menyahut cabaran modul dan fasi.
Syabas anda semua!
ceria selalu!
Bengkel Seni Kreatif Taska Ar-Raudhoh ( 30 Jan 2010 )
Karya yang bakal dihasilkan oleh guru-guru Taska AR
Bengkel SK dibimbing oleh Cikgu Ibrahim Taigo
(guru biologi SMK Dato Bentara Dalam Segamat)
Guru-guru sedang merenyok suratkhabar lama untuk dijadikan Ikan
bentuk Ikan dilakar dahulu
setelah digunting,dikelip bahagian tepi,kemudian diisi
kertas surat khabar lama
ikan diwarna mengikut kegemaran pengkarya
ikan badut mulai membentuk dan berenang
ini pula sang Nemo dan rakannya
mari membuat jambangan bunga kertas untuk orang yang tersayang
kombinasi warna yang menyegarkan
tara ! dah siap
lagi jambangan bunga buat yang teristimewa
buha-buahan ini akan digunting kemudian untuk menghasilkan
bahan seni yang digantung di pintu atau di siling bilik, cantikkan?
buah-buahan yang 'menyelerakan'!
mari membuat kelawar
kelawar sudah mula membentuk
Umi Siti dan Amira
ikan-ikan comel ceria berenang di akuarium karya Taska AR
Monday, February 1, 2010
Menghirup Aroma di Kafe Sisi 1Malaysia
Wilayah indera asyik meladeni aroma bersialangan
Wajah pojok kafe sisi mempamerkan kepelbagaian
Menggamit pengunjung singgah melunasi kehausan
Bersantai sejeda demi membugar jasad kepikunan
Setelah bertahun jiwa dibadai kemelut dan kekalutan
Petualang menyusup dari segenap kesempatan
Seteru seberang menyebar hasutan
Mencipta vakum menekuni lompangan
Usai menjamu selera hidup dilangsungkan
Tetap mengeraskan sikap siagaan
Tekun menggembleng tenaga
Meskipun kulit diteriki suria
Meskipun jasad terdera cuaca
Demi kelangsungan agenda 1Malaysia
Taufan menggila tetap dijinak-waraskan sesetianya
Nukilan: Ilham Ainol
SU PPJ Segamat
Subscribe to:
Posts (Atom)


