Thursday, June 16, 2011
Cut(r)i Cut(r)i 1Malaysia
petik suis aku bayar
hidup berperisa
pulas pili aku bayar
tekak lega
cukup tahun aku bayar
semua cukai langsai
klik astro gaya terkini
pilihan sendiri
bina blog aku tahu
percuma saja tau
buka FB aku suka
percuma juga tau
habis! kenapa perlu bayar RM1.8 juta
kuasawan sasau
sejemput cepat kaya
kami naik risau
hahahahaha...
Monday, June 6, 2011
Membakar nafas amarah!
kumembakar Kuala Lumpur
abunya kubuang jauh
ke sungai kehidupan
berseliratan dan bersiuran
menuju muara katarsis
bergerimis di hamparan sejadah
mengirai debu-debu dosa
mengengsot ke pintu usia
Ilham Ainol
PPJ Johor
6 Jun 2011
Tuesday, May 31, 2011
Bengkel Penulisan Kreatif Siri ke-5 di Pantai Penyabong Resort Mersing
mentari pagi menjulurkan kasih cahayanya kepada alam. pagi 29 Mei serasa lebih ditunggu-tunggu kemunculan di balik bebatu yang berselerakan di tanjung Batu Ayam
suria pagi melibaskan cahayanya ke permukaan teluk yang direntangi jeti nelayan di pantai Penyabong
kenangan dirakam sebaik tiba di Air Papan bersama-sama Tn Hj Shapiai, cikgu Talib Hassan, Cikgu Baharuddin Kahar, sdr Lee Tan Luck dan Pn Hjh Kadariah
Tn Hj Shapiai, cikgu Baharuddin dan cikgu Talib sedang melontarkan idea dan kritikan karya para peserta
dalam bot menuju Pulau Acheh
cikgu Baharuddin berbicara melalui sentuhan rasa dan hatinya,
cerpen bertajuk Capa Rengat beliau wajib ditekuni semua...
Tn Hj Shapiai sedang menekuni puisi bertajuk Ayah! Kunyalakan Obor Legasimu
karya Ilham Ainol
penyampaian santai diselang-selikan dengan usikan lucu cikgu Talib
menggamatkan suasana
bersantai di atas kayu hanyut di Pulau Aceh,
pemandangan yang bisa mengelopakkan kuntuman puisi
bot laju sedang menuju pantai Pulau Acheh
cikgu Baha, Pn Hjh Kadariah, Ilham Ainol dan cikgu Talib sedang mendengar lontaran idea dalam sesi berbahagi pengalaman dengan para peserta yang kehausan ilmu penulisan kreatif. cangkir kosong sempat diisi saat berkongsi pengalaman menulis, memerhati, membaca para pembimbing dan peserta.
Wednesday, May 25, 2011
Kembara Rasa
Ujung minggu lepas saya sempat balik ke kampung dengan menaiki keretapi KTM dari Segamat ke Ipoh. Pengalaman kembara yang udah kesekian lama tersisih kini didekati semula. Pilihan menaiki keretapi dibuat kerna tidak ingin memandu jauh seorang diri.
Perjalanan ke Ipoh agak hambar kerna jiran sebelah kurang mesra. Makanya perjalanan selama hampir enam jam itu agak tawar. Oleh itu, saya sempat menguliti novel Saga karya Talib Hassan sehingga mukasurat 211. Di dalam wilayah terpencil di Segamat ini saya cuba memesrai Rahmat, Hisyam dan Munirah dan sesekali terserempak dengan watak-watak sampingan seperti Jalil, Pak Ngah dan orang-orang kampung yang terselerak demi menyemarakkan suasana desa yang tergambar 'hambar' dan berputar perlahan roda hayatnya.
Saat pulang ke Segamat pula, saya berpeluang berbicara dengan saudara Suhaimi dari Politeknik Permatang Pauh. Beliau dibutuhkan ke Bangi untuk menyelesaikan urusan kolej. Mungkin kami teman sealiran dan seujana, maka isi perbualan saling berbumbu dan bertalu-talu sehingga perjalanan selama 2 jam lebih ke KL Sentral terasa cepat sampai ke penghujungnya.
Terima kasih Suhaimi kerana bisa membiarkan cupingmu mendengar bebelan dan basi-basa seputar hayat saya yang entah apa-apa. Moga pengalaman dan rasa saya bisa memanfaatkan dan bakal mencetuskan ilham dan kejayaan dalam kehidupan kamu yang masih panjang. Insya-Allah!
Friday, May 20, 2011
Bengkel Penulisan Kreatif Siri Ke-5 27-29 Mei 2011
Bengkel bakal diadakan di Pantai Penyabung Resort Mersing. Tuan Hj Baharuddin Kahar, Tuan Hj Shapiai Mohd Ramly dan Cikgu Talib Hassan akan memimpin bengkel. 16 orang peserta dari UiTM Johor, Melaka dan Sarawak akan turut serta. Setiap peserta telah menghantar 3 buah puisi dan sebuah cerpen untuk diulas oleh ketiga-tiga pembimbing. Karya yang berkualiti bakal diterbitkan pada penghujung tahun ini.
Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Mandarin di UiTM Jengka pada 9 April 2011
Saudara Sutopo sedang menyampaikan ucapan awam yang bertajuk
Keamanan Sejagat
Saudara Sufian mencuba sekali lagi selepas pertandingan yang sama di UiTM Sarawak Kota Samarahan. Usaha Sufian gagal tapi dia bersyukur kerna dapat mewakili UiTM Johor sebanyak 2 kali.
Jiayou!
Subscribe to:
Posts (Atom)
