Monday, July 16, 2012

Bengkel Penulisan dan Penerbitan 15-17 Jun 2012

Bengkel anjuran ITBM, DBP, PENA dan PPJ. Bertujuan untuk mengumpul manuskrip karya kreatif untuk diterbitkan oleh ITBM.  ITBM telah mendapat dana sejumlah RM5 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk menerbitkan buku-buku berbahasa Melayu atau menterjemahkan karya bahasa Melayu ke bahasa asing.
Novelis tersohor- Azmah Nordin, sekarang menetap di Negeri Di Bawah Bayu
sempat semeja berbengkel dengan Sdr. Sapuan Shukri, penulis muda dan berbakat
kelahiran Kota Tinggi, dan Cik Roslina turut hadir menimba ilmu 'di perigi' ini...

Prof Madya Dr. Hamedi Mohd Adnan, Ketua Jabatan Komunikasi Media UM turut memberi ceramah dalam bidang penulisan dan penerbitan buku umum
Muar Traders Hotel terletak di tebing muara Sungai Muar.
Mohd Khair Ngadiron- CEO ITBM , Dr. Mohd Saleeh Ramahat-Ketua PENA, Pak AGI, Sdr. Amiruddin Ali-Ketua PPJ dan para peserta dan penceramah bengkel sempat
merakamkan gambar
singgahlah untuk menikmati sup kambing, sup daging, sup tulang dan sup ayam....

Monday, July 9, 2012

ICIEB 2012 -International Conference On Islamic Economy and Business Pada 29 Jun - 1 Julai 2012 di A' Famosa Resort Melaka

Dato' Prof Dr. Sahol VC UiTM sudi menerima cenderahati daripada Prof Madya Dr. Omar Rektor UiTM Caw. Johor seusai Majlis Perasmian ICIEB 2012
 Dari kiri Nor Ezan Ketua Protokol, PM Ahmad Nawawi Pengerusi ICIEB 2012, Mohd Nor CEO OSK-OUB, Prof Zakaria CEO MIER, Dr. Yeah CEO RAM, Badlishah CEO CIMB Islamic, Ainol Naib Pengerusi 1 ICIEB, dan Roslina Naib Pengerusi 2 ICIEB.
Sempat merakam potret seusai sesi pembentangan kertas kerja pada
sesi selari- dari kiri peserta dari UiTM, UTM, IIUM, moderator, UiTM dan Azerbaijian  
IBFIM turut serta membuka gerai promosi buku-buku terbitan mereka
Malam Gala Dinner pada 30 Jun 2012 di Dewan Istana A Famosa Melaka
Kami sempat menelusuri Sungai Melaka pada malam 29 Jun 2012
sebahagian AJK ICIEB dan peserta


Friday, July 6, 2012

9 Jun 2012 - Majlis Pertunangan Zaireen - Amin di Ipoh


 
Abang Azai dan Kak Ann telah mengundang saudara mara untuk menghadiri dan memeriahkan majlis pertunangan ananda, Zaireen yang dilangsungkan di Taman Meru, Ipoh tanggal 9 Jun 2012. Tempoh pertunangan adalah selama setahun dengan wang hantaran RM9500.00 tunai dan mas kahwin RM800.00 tunai. Majlis telah dikemudikan oleh saya selaku bapa saudaranya. Ini merupakan pengalaman kali kedua menjadi jurubicara dalam acara yang santai namun penuh emosi dan bermakna. Alhamdullilah, tugas yang digalas dapat dilaksanakan sepenuh ikhlas dan pantas. Moga Allah SWT memberkati pertalian ini sehingga ke penjuru hayat. Amin.

Monday, May 14, 2012

Seputar Kisah Majlis Persandingan Zulakmar dan Syikin di Kelab Equestrian Bukit Kiara pada 12 Mei 2012

 
 
 
 
 
 

Pameran Buku Antarabangsa KL 2 Mei 2011

Seperti biasa pentas utama di Dewan Merdeka ini disisip dengan pelbagai pengisian. Borak buku, pelancaran buku baharu, temu ramah penulis, pengenalan Bulan Bahasa Kebangsaan oleh DBP yang bakal diadakan pada bulan Oktober dan kegiatan-kegiatan lain yang pasti memeriah dan merancakkan PBAKL kali ini.

Penerbit Mc Graw Hill, antara penerbit buku yang 'kaya' dengan 'khazanah' dan koleksi buku-bukunya.

Penerbit Karangkraf juga tidak ketinggalan 'gah' dengan warna 'merah'. Di penjuru kanan ruang pameran  disediakan pentas untuk sesi wawancara, bicarawara, sudut bercerita, baca lewa sambil ketawa atau santai merakamkan nostalgia.


Kala di ITBM, saya sempat menyambar buku baharu seperti Kembara Sastera Nisah Haron, Perempuan Nan Bercinta nukilan Dr. Faisal Tehrani dan Malam Pertama karya Lutfi.  Saya juga diamanahkan untuk memilih buku-buku dan jurnal-jurnal berwasit dari berpuluh-puluh penerbit yang sempat dikunjungi.  Oleh jarak yang jauh dan kesuntukan masa, maka pemilihan dibuat agak tergesa-gesa, namun masih bersyukur kerna diberi 'nafas' yang berbaki untuk ke sana.  Terima kasih kepada saudara Zulkifli dan Azhar dari TOHOKU Enterprise kerana menaja makan tengah hari.  Mungkin lain kali, kami perlu ke sana awal sehari untuk 'memaksimakan' masa dan peluang. Insya Allah.