Friday, September 28, 2012

IID Johor 2012 (Innovation, Invention and Design)

13 September 2012 di PTDI 2 UiTM Johor
144 penyertaan dari seluruh negara (UiTM, IPTA, Pusat Latihan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan).

Pepatung Menimba Air


 

Program Jerayawara Buku 2012 anjuran BPJIA UiTM dengan Karangkraf, DBPWS, PBM dan PPJ.
11-13 September 2012 di Speakers Corner,
UiTM Cawangan Johor

Thursday, August 30, 2012

Salam Lebaran

Maaf Zahir dan Batin andai tersalah kata, tersilap laku dan tersinggung hati semasa kita berblogan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Moga Syawal ini membawa sejuta kenangan yang
manis dan menenangkan. Yang pahit dibuang, yang keruh dijernihkan, dan yang sedih digembirakan.
 
 
Amin.
 

Monday, July 16, 2012

Karnival Keusahawanan 16-18 Julai 2012

Karnival Keusahawanan yang dianjurkan oleh MASMED UiTM Johor telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Sharudin Salleh ADUN Jorak pada jam 11 pagi 16 Julai 2012.  Karnival diadakan di parkir PTDI 2. PBM turut serta membuka gerai jualan- krim sup cendawan, jeli buah-buahan, minuman jagung maniz dan Kek Batik. Sdr Faezee telah diamanahkan untuk mengepalai gerai jualan. Sedap rasanya!  Syabas Faezee dan ajk yang ceria menjalankan 'perniagaan' dan 'jualan'.
Nik, Faezee dan laoshi

Datuk Dr. Sharudin sudi singgah untuk beramah mesra dengan PTJ gerai.

Amysar, Timbalan Presiden PBM, Zaidi, Presiden PBM dan laoshi

Seminar Pemikiran Abdul Talib Hassan, Baharudin Kahar dan Shapiai Muhammad Ramly 14 Julai 2012

susuk rekaan Sekolah Menengah Tinggi Segamat yang pekat tinggalan 'penjajah'
duduk dari kiri- Lim Thiam Hoon-guru SMTS/penulis, Dr. Mana Sikana, Dr. Talib Samat-Pengerusi Seminar, Ybhg En. Zahari Sarip, Setiausaha Timbalan Menteri Pelajaran, Amiruddin Ali-Ketua PPJ, Dr. Ani UPSI, Pak Talib, Ilham Ainol
peserta dari UiTM Johor turut dijemput untuk memeriahkan dan meramaikan
 seminar kali ini
YBgh En. Zahari sudi merasmikan seminar anjuran PPJ, UPSI, SMTS, DBP dan MKNJ. Beliau juga berasal dari Batu Anam, Segamat.

Bengkel Penulisan dan Penerbitan 15-17 Jun 2012

Bengkel anjuran ITBM, DBP, PENA dan PPJ. Bertujuan untuk mengumpul manuskrip karya kreatif untuk diterbitkan oleh ITBM.  ITBM telah mendapat dana sejumlah RM5 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk menerbitkan buku-buku berbahasa Melayu atau menterjemahkan karya bahasa Melayu ke bahasa asing.
Novelis tersohor- Azmah Nordin, sekarang menetap di Negeri Di Bawah Bayu
sempat semeja berbengkel dengan Sdr. Sapuan Shukri, penulis muda dan berbakat
kelahiran Kota Tinggi, dan Cik Roslina turut hadir menimba ilmu 'di perigi' ini...

Prof Madya Dr. Hamedi Mohd Adnan, Ketua Jabatan Komunikasi Media UM turut memberi ceramah dalam bidang penulisan dan penerbitan buku umum
Muar Traders Hotel terletak di tebing muara Sungai Muar.
Mohd Khair Ngadiron- CEO ITBM , Dr. Mohd Saleeh Ramahat-Ketua PENA, Pak AGI, Sdr. Amiruddin Ali-Ketua PPJ dan para peserta dan penceramah bengkel sempat
merakamkan gambar
singgahlah untuk menikmati sup kambing, sup daging, sup tulang dan sup ayam....