Wednesday, November 28, 2012

Ziarah Seni 3 - Rentas Semenanjung - Kembara Bahasa 2012 21-25 Nov 2012


 seawal jam 5 pagi sudah berada di lobi JB Central untuk berjalan kaki ke JB Sentral
 Malam Perasmian Penutup oleh Timbalan Menteri Pelajaran di
Dewan Latihan PETRONAS, Bangi
sesi ucap selamat tinggal dan rakaman terima kasih di lobi INFRA
Dr. Awang sibuk melayan peminat Kumpulan Puisi beliau yang bertajuk
Mencari Makna Diri
Adik Aliff yang periang

Azmi @ Sherry @ Adek
 Syukri yang tekun menulis
 Dr. Awang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan Ziarah Seni pada malam 21 Nov 2012 di Menara DBP KL
 sempat berposing dengan ****** di PICC pada petang 21 Nov 2012
 Dataran Putrajaya pada petang 23 Nov 2012
 sempat 'mencapop' dengan adik-adik IPG Perlis dan IPG P. Pinang dengan
artis undangan Farhan.
bakal guru muda belia dari IPG Perlis dan IPG P.Pinang -
fizzi, Dek where, lukman dan azrie


Monday, November 26, 2012

Teater Nona Santun 8 Nov 2012






 
Saya berbekalkan rasa teruja saat menonton teater NS ini. Ini kerana salah seorang watak teater ini telah 'meminjam' nama saya. Terima kasih diucapkan kepada Pn Rahimah Muda selaku penulis skrip teater NS kerna sudi menggunakan "Ainol Hasanal" untuk diabadikan dalam naskhah ringan namun 'sarat' makna.  Ia tidak lain tidak bukan untuk menyuntik semangat dan membarakan rasa cinta kita kepada pendidikan Bahasa Melayu yang tercinta. Sesungguhnya saya rasa dihargai dan disayangi! Bahasa Jiwa Bangsa.

ACCON 08 2012 2-4 Nov 2012

ACCON 08 2012
 
Konferensi Akademik ke-8 anjuran BPJIA UiTM Johor telah berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Pahang DM pada 2-4 Nov 2012. Sebanyak 45 abstrak dan 25 kertas kerja lengkap telah diterima untuk dibentangkan dalam ACCON 08 yang telah diadakan pada 3 Nov 2012. Selaku Ketua JK Kertas kerja dan Prosiding, saya rasa tugas yang digalas kali ini agak mudah jika dibandingkan dengan ICIEB dan IID 2012 lalu. Ribuan terima kasih kepada Dr. Carol, Suhaili, Sofwah, En Ahmad Kamil dan Pn Noridah kerna telah memberikan kerjasama dan saranan yang mampu memantapkan lagi perjalanan ACCON 08. Meskipun dibasahi hujan dan diselimuti kedinginan, namun ACCON 08 tetap dilangsungkan dengan penuh kejayaan. Pada pagi Ahad pula, kami sekeluarga sempat bermain 'air' dan berekreasi di Taman Air yang sungguh mengujakan dan 'menyejukkan'.

Tahniah kepada semua pembentang kertas kerja dan pihak urus setia yang setia membantu.