Thursday, September 10, 2015

Pulau Redang

3-5 September 2015 berkesempatan ke Pulau Redang untuk menyaksikan sendiri keindahan alam segara, air lautnya yang jernih bersih, ombak yang membisik asyik, bayu pantai yang membelai...Andai bertujuan untuk bersantai cuma, badan pasti dibelai asyik, bagi yang lasak, aktiviti snorkeling dan menaiki bot laju untuk ke lagun dan Taman Negara Redang sememangnya meletihkan namun puas.

Tuesday, September 1, 2015

Mari Kita "Jernih"

Saya tolak bersih kerana saya lebih berkehendakkan 'Jernih'. Yang penting jernihkan nubari, lidah, tindak dan niat. 

Thursday, June 25, 2015

Terima kasih Tuhan Kerna Masih Meminjamkan "Mereka"



Usia Abah sudah menghampiri 83 tahun manakala emak pula 6 tahun lebih muda daripada abah.  Pasangan yang mulai menjengah tua ini telah melalui pelbagai cabaran dan halangan sejak disatukan hampir 58 tahun yang lalu.  Aku sentiasa membilang bilah-bilah kesyukuran kepada Allah kerna masih menghadirkan mereka setiap hari terutama saat menyambut Aidil Fitri, cuti panjang dan pertemuan yang sengaja dirancang sesama adik-beradik bagi mengeratkan perhubungan ahli keluarga Jalaluddin. Moga Allah memberikan kesihatan dan kekuatan kepada abah dan emak untuk beribadat kepada-Nya dan menumpahkan kasih-sayang mereka kepada 5 orang anak mereka beserta 18 orang cucu dan dua orang cicit. Amin. Insya Allah.

Tuesday, May 26, 2015

Kembali setelah sekian lama menghilang...ke Padang, Padang Panjang, Bukit Tinggi, Payakumbuh, Batu Sangkar, Pagaruyung, Lembah Lawang, Danau Malinjau dan Rumah Bung Hamka...

Tergerak hati untuk menghantar khabar ke blog usang ini setelah sekian lama ia dipinggirkan. Tiada alasan munasabah yang perlu diberikan selain sekadar MALAS. Masa saya lebih banyak dibaziri dengan FB dan HP yang kian hari menguasai urusan seharian. Namun banyak perkara telah berlaku dan saya rasa lebih dewasa dan akhirnya membuat keputusan untuk memilih diam.  Saya mohon maaf agar kehilangan saya dicari dan kesenyapan saya membimbangkan anda semua. Percayalah, sepanjang ketiadaan saya, saya hidup bahagia dan perigi pengalaman sentiasa terisi dan berisi. Doakan kesihatan dan kebahagiaan saya selalu ya!...