Thursday, September 11, 2008

Ujana Ramadhan itu...


gesit menghantar kenangan ke pucuk usia
gontai menggenyeh mata di pagi buta
hanyut sejeda digoda kehangatan selimut
tetiba suara bonda memanggil lembut
terlerai kemalasan nubari menyambut
bingkas mengurusi helaian hitam kerusut

lalu menyuap sebutir rezeki mengalas perut
usai bersahur merdu azan beresonan bersahut
tertumpah madu yakin di sukma sejadah
menagih laba rahmah dan inayah
bersenandung lagu lapar dahaga merenyah
bertambah getir panahan mentari bahang mengunyah
terik membakar menghadiahi sepotong getir
kejerihan ditampan iman mengukir
bingkai berurna di dinding takwa

maka, kedengaran paluan ribuan lagu alam tika berbuka
bait-bait doa dianyam memohon kurnia
digelar insan terpaling berbahagia di dunia fana

tirai malam digantung manik-manik tarawih
diperindah wingit witir suci memutih
juraian keinsafan mendinginkan sejadah di sepertiga malam
membibit pepohon takwa penghias ujana Firdausi
mekar menguntum ke muara duniawi

Ilham Ainol
Segamat, Johor
11 Sep 2008
11 Ramadhan 1423

4 comments:

Anonymous said...

salam ramadhan laoshi..
this is the second time we view your blog..
perkataan laoshi mmg susah ktorg nak paham al maklumlah jarang benar bersastera ni..hehehe..
ape-ape pn, byk perkataan baru dapat dipelajari dari blog laoshi..tq..-ily & nisa (B3L3)-

Ainol laoshi said...

terima kasih kerna sudi singgah dan menebak sajak saya.
kalau rajin menekuni kamus pasti
terang selepas gabak ketidakprihatinan berarak pergi.
Cuba lagi ya.

Anonymous said...

selamat berpuasa buat laoshi seluarga,...
kitorg x pndai nk bersastare2 nie,puitis sungguh bahasanye...
so,xbape nk paham laa walaupun da byk kali cuba utk memahamknnya,...
ok,tq,....
SALAM LEBARAN-eira(D4D1)

Anonymous said...

hollaaa ainol laoshi~
happy ramadhan.
ayat amat puitis, i can't really understand. tapi bagus bangat yaa poem nya. hehe~
daa~

saiyidah aisyah (d3d5)
hitori7_toinktoink@yahoo.com