Mutakhir pentas siasah terbelah dua
Terzahir oleh rentetan percaturan kuasa semasa
Sulit menelan bebuah pahit lalu tercekik meronta
Ada yang berdemo demi mengerasi agenda
Jalan menjelma medan mempamer rusuhan rasa
Kerna gagal mengutip iktibar dijentik kecundang
Tewas mengembalikan akal sihat ke tengah gelanggang
Panji kuning diinjak dirobek seenaknya
Angkuh merengkuh perujian yang tersua
Hairan dirasuk sihir alpa pembinasa
Malu akan kekurangan menebak suasana
Aib akan kelemahan mengawal rasa
Ah! Senang saja membakul-sampahkan Rukun Negara
Mudah saja menolak-ketepikan Rukun Iman yang sempurna
Lenyap seketika pertimbangan tulus
Hilang sejeda kejatidiran yang terpupuk halus
Terjelepuk di kangkang helah pemain siasah
Pandanglah dari sisi minda terbuka
Langkah pertama mengaku kalah berundur pasrah
Mengatur rencana bermuhasabah
Memperkasa benteng yang mulai goyah
Membujuk hati murba menuju ke meja muzakarah
Setia menjunjung panji di jemala bena
Patih dan takut hanya kepada-Nya
Hidup bersendikan kebijaksanaan berlenterakan iman menerangi hari muka.
Ilham Ainol
Segamat,Johor
10 Feb 2009
1 comment:
haha..
saye punye idea yang same..
khas buta remaja seusia..
politik bkn perkara yang bole d pandang enteng dlam situasi negara skrg..
xbole hnye tunduk mengikut telunjuk..
ttp harus menilai ke mana telunjuk itu dbawa..
sbb salah percaturan diri sendiri dan bangse yang merana..
bukan menidakkan bangsa yang ada..
tp hanya MELAYU yang mampu memakmurkan melayu sebaiknye..
mungkin bnyk kekurangan,tp memberi peluang pada bangse lain memerintah diibaratkan merokok setiap hari..
ondah..pd zahirna..
tp merana kelak..
same2 sbgai muslim dan bangsa melayu..
kita renungkan bersame..
Post a Comment