Kukuak sejuta jendela rindu
Semilir pagi lewat ghairah bercumbu
Sejuta pengap menyeluruhi terjal sendu
Meminjam hangat mentari mendiangi ruang sepi
Singgah menghirup secangkir kopi
Mata menggumuli pinggang akhbar hari
Henyakan resah semakin mengakrabi
Lalu kucampak warkah resah ke langit tinggi
Kembali waras kala ombak gelora terhempas
Sepantai tenang terhampar luas
Persis camar putih terbang bebas
Ilham Ainol
Segamat, Johor
27 April 2009
1 comment:
Salam,
Selepas wahana rindu, kemudian gundah, seterusnya menguak jendela...juga rindu.
Siapakah dia?
Post a Comment