Thursday, September 10, 2009

Dari Pintu Ramadan Ke Lawang Syawal


pintu karnival ibadah terkuak mesra
meredam rasa sepurnama lama
berpesta lapar bersenandung dahaga
menebar jala ibadah mengutip mata
untuk ditebus di penjuru masa

betapa indah segak busana
bercorak tarawih witir pesona
sedekah tadaruz kalam dicerna
mengumpul sebanyak laba dicita
syukur tawaduk takwa mulia

nubari menguntum bebunga ketenangan
syawal digelar hari kemenangan
mengikis hasad bakhil dan bangga
bermaaf-maafan tangan disua
khusyuk memohon keampunan-NYA
mengalun takbir tahmid dan doa
fitrah dilunas mensuci hening dosa
kunjung-mengunjung mengerat rasa
menziarahi pusara sanak saudara
moga praktis kekal selamanya
bertambah cemerlang buku catatan-NYA

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Ainol,
Sempena lawang syawal yang bakal terbuka ini, saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

ainol laoshi... wanshang hao,ni hao ma?..
hafiz di sini nk mngucapkn SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ... hehe
moge di hari lebaran ini, laoshi gmbira brsama keluarge... =)