Monday, August 23, 2010

Puasa Si Cilik














Mak, adik dah masukkan siang dalam botol gelap
biar malam jadi siang siang jadi malam
Puasa ini amat melapar-dahagakan.

Tuk, adik petik bulan di langit
Masukkan ia ke bilik gelap
Kerna kawan-kawan suka melastik bulan
Mereka hendak Ramadan melompat ke Syawal

Adik, Allah sudah berjanji
Janji-Nya benar berinti pasti
Bagaimana helah cuba mengakali
DIA pasti sudah maklumi lagi mengerti.

Ainol Hasanal B Jalaluddin
PPJ Segamat
23 Ogos 2010

No comments: