Perasaan usai menonton teater Badai Semalam karya Khadijah Hashim berbaur tapi menghiburkan. Karya KH yang segar menghangatkan rak-rak buku lewat dekad 70-an, dan berjaya 'mengghairahkan' rasa cinta insan yang masyuk bercinta. Bersandarkan cita-cita, cinta dan pengharapan, maka BS telah mengangkat darjat seorang perempuan ke tahap yang terkedepan sarat pengharapan. Mazni, peran utama BS yang menyalakan sumbu harapan ibu agar berjaya dalam lapangan hidup melalui kejayaan yang diraih dalam pelajaran. Ibu Mazni penuh yakin bahawa masa hadapan yang cerah terletak kepada kejayaan Mazni menjejakkan kaki di tangga menara gading. Ibunya tidak mahu Mazni mengikut jejak langkahnya bekerja sebagai pembantu rumah kepada keluarga Encik Haris sehingga penjuru hayat. Namun, gendala dan cabaran yang terrentang mampu melemahkan, memesongkan atau menggagalkan cita-cita Mazni. Halangan yang dihamparkan seperti fitnah, bujukan dan kutukan Pn Mahani; cinta terlarang Mazni dengan Karim; juga kehadiran Zaki sebagai pelerai masalah dan dalam masa yang sama menjadi racun kepada perhubungan Mazni dan Karim- semuanya menjadi cabaran yang maha hebat bagi seorang anak gadis berusia lewat belasan tahun. BS diakhiri dengan suntikan cahaya pengharapan yang terang buat Mazni dan juga pengharapan yang dipromosihebatkan khusus buat kaum wanita di sebelah timur ini. Mazni akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading sehingga tertunailah hasrat dan pengharapan seorang ibu kepada anak tunggalnya. Maka segala cabaran dan airmata yang tertumpah hanya salah satu episod dalam kehidupan Mazni mungkin juga kepada semua kaum wanita di luar sana!
bersama-sama Datuk Shuhaimi Baba-pengarah Puntianak Harum Sundal Malam,
Hati Malaya, Ringgit Kasorga dll
Zarikh dan Erma Fatimah
sesi autograf bersama-sama Erra, Umi Aida, Fizz dan Aeron
2 comments:
Salam Ziarah Tuan. Saya pernah baca puisi Tuan di Harmoni kalau tidak salah.
Salam kenal Tuan. Terima kasih kerna sudi singgah ke blog saya. Moga Tuan berjaya dalam lapangan penulisan kreatif. Tuan pun amat berbakat dan rajin menulis. Saya sempat singgah di tapak blog untuk membaca titipan puisi dan cerpen Tuan. Suabas!
Post a Comment