Monday, September 8, 2008

batu putih mata



selepas berputih mata
terlepas si batu putih ke tangan singa
luka mendalam tertumpah cuka di penjuru senja
ada yang bermuram durja
ada yang terpinga
ada yang menitip warkah nista
dan,
ada yang gontai terus menjaja
gesit mengalir sungai ke muara
jamahlah hasil perkebunan kita
busana kealpaan dikenakan ke jasad ketidakpedulian
hari ini seketul batu lenyap di kura tangan
esok lusa usai tergadai sarwa sempadan

Ilham Ainol
Segamat, Johor
8 Ogos 2008

2 comments:

Anonymous said...

sajak laoshi byk perkataan gontai dgn gesit..ape tu?
kami tak der kamus kat sini, jd xtawu..-ily & nisa-

Anonymous said...

laoshi biasanya rujuk buku n kamus apa? urna tu warna ke? tuh la kan, putih mata je la tgk batu putih jatuh ke tgn pihak luar. adoiyai. selamat berkarya!