Tuesday, September 9, 2008

UPSR 2008



9 September 2008 bersamaan 9 Ramadan 1423 merupakan hari yang paling bersejarah bagi Amira. Kerana hari ini Amira akan menduduki peperiksaan UPSR. Hari yang dinantikan telah tiba,maka ‘berterbanganlah rama-rama di dalam perutnya’. Semenjak dua tiga hari yang lepas terdapat ramai ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai menelefon dan menghantar SMS bagi mengucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada Amira. Dari datuk, nenek di Muar dan Perak sehinggalah kepada bapa dan ibu saudara dari Kuala Lumpur dan Ipoh. Sahabat dari Tangkak dan Johor Bharu serta Shah Alam tidak ketinggalan mendoakan kejayaan Amira. Bapa saudaranya yang mengajar di SK Jelapang juga memperturunkan beberapa soalan-soalan ramalan bagi persiapan terakhir Amira menghadapi suatu ‘pertarungan mental’ yang agak hebat. Saya kata agak hebat kerana saya tidak nampak durja yang mempamerkan ‘ketegangan dalaman’ yang berat. Amira cuma menghadapinya sesantai dan seperti peperiksaan biasa. Namun bagi kami-kedua-dua ibubapa Amira, agak gementar dan terasa bahang tekanan seolah-olah kami yang bakal mendepani ‘pertarungan’ tersebut. Kekadang lucu dan mencemaskan. Akan tetapi yang penting adalah pengembelingan usaha daripada setiap pihak yang berkenaan iaitu para ibubapa dan ahli keluarga, pihak sekolah dan pelajar itu sendiri. Persiapan awal yang bersistematik dan berterusan perlu dilakukan sesegera mungkin pabila calon-calon UPSR mula melangkah tahun 5 lagi. Dari sisi lain, kata-kata dorongan, doa dan solat juga amat penting bagi memohon restu dan keredaan Allah SWT. Maha Pencipta sekalian alam yang amat mengetahui dan memahami segala-segalanya. Hanya pada DIA kita bermohon dan berserah. Ia merupakan tunggak rukun iman yang diyakini. Allahhuakbar!

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum laoshi...
Allahhuakbar!!!!
ucapan selamt berjaya juga kpd semua student yg nk ambik UPSR thn ini krn adik sy merupakan salah seorg drpdnya..
Sy doakan diaorang berjaya..
InsyaAllah...

Anonymous said...

salam insan.
Moga Allah mengurniakan kejayaan
dan kesenangan kepada mereka yang
tekun berusaha dan menyembah-NYA.

Anonymous said...

InsyaAllah...
Amira akan berjaya..tengok dari keputusan percubaan pun boleh tahu potensi untuk upsr sebenar..melihatkan usaha laoshi sendiri seperti laoshi yang nak 'seat for the exam'.memang kebiasaannya begitu.tambah pula anak sulung.Walau apapun,saya doakan amira dapat keputusan cemerlang..

Anonymous said...

Assalammualaikum laoshi.
semoga amira berjaya di dalam peperiksaan UPSR yang telah di hadapinya.
berkat bulan ramadhan.
amin..