Monday, December 22, 2008

Ceritera Ini Bernilai RM30 Juta


Dia kata kau berselindung di sebalik bebayang aksara lesen kreatif
Melempar persoalan kebebasan diperkuda sedemikian daif
Siapa yang naïf?

Atau mungkin dia mulai ngeri dengan bebayang angkara diri
Mengekori seakrabnya selagi nubari disuluhi kebencian dan iri
Berhenti sejeda tatkala menyusun tarian adu domba
Risau kerusi dan meja ini mungkin ditukarganti 4 tahun lagi

Sebelum menyinggah sepasang pipi punggung baru
Pentas perlu dilatari cahaya gemerlap meski berdebu
Tagih jeritan sorak girang berlagu simpati
Akulah pejuang paling berbakti

Kini, label selebriti terselit di celahan gigi
Mencipta kontroversi di atas pentas sangsi
Cuba memasang lukah di pergentingan sensasi
Pasti mengembung kocek pitih berkati
Kerna takut pada bayangan sendiri
Dikata bayangan hantu berhasad dengki

Ilham Ainol
Segamat, Johor
16 Dis 2008

3 comments:

inamarjanaulfah said...

salam ainol, terima kasih datang bertandang ke laman saya mengucapkan tahniah. Isu menarik ini sdr puisikan - menarik! Saya lihat banyak puisi sdr di esastera. Nanti tahun depan sdr perlu tau datang majlis anugerah esastera - hescom - seeloknya sdr masuk bertanding sekali ya.

AMIREZKA said...

huhu.. betul tuh laoshi.. kalau uasaha mesti leh wat.. n also mei you songel.. huhuu..

nabila said...

salam..laoshi ni dulu mesti mat romeo kan??laoshi punya ayat wah...bukan calang2 orang yang boleh paham ape yang loashi tulis tau...saya minat jugak dalam bidang mcm ni tapi tak sehebat laoshi yang pandai berpuitis..yang saya pasti laoshi orangnya mesti sensitive kan...btw suke dapat tgk ilham laoshi yang mcm2..