Sunday, March 1, 2009

Galau






















Usman Awang pernah menyeru anak Melayu
mengarak Keranda satu lima dua ke makam dewan mulia.
Pak BAHA kata kita kembali kepada sejarah
mengulang babak pedih mengusung Keranda satu lima dua.
Pak Samad seolah ‘berfatwa’, halal bagi saya bercakap tentang
bahasa sebelum ia lenyap di gapura masa.
Saudara Shamsudin pula mendidih kawah amarah melaungkan
genta menepis tujahan keris yang tumpul lidah leluhurnya.

Bagaimana kita masih terlena di kepuk empuk berisi huma?

Ilham Ainol
Segamat, Johor
26 Feb 2009

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Ainol,
Dulu mengarak keranda 152,. Kini meratap di pusara bahasa.

Anonymous said...

Salam Tuan haji,

kini tinggal langkah akhir yakni 'talkin' sahaja.
mari kita gempur dewan yang tuli itu...