Wednesday, June 3, 2009

Gelapkah hati andai ia dimendungi sepelangi keraguan?



Mendung menyeluruhi durja bumantara senja
Awan larat mengepulkan bebola air bergelora
Angin serakah gesit menerjah kaki mendung
Badai amuk merembat bebola air ke puncak gunung
Bertempik sang kilat dan guruh berdentum
Bumi dibasahi nikmat alam yang terhukum
Menyegar batin insan yang santun tersenyum
Mensyukuri setiap titis nikmat kurniaan-Nya
Andai muara dikeruhi banjir musibah beriringan
Gelapkah hati andai ia dimendungi sepelangi kesangsian?

Ilham Ainol
Segamat, Johor
3 Jun 2009

4 comments:

Nizam Arjuna said...

salam.

en ainol

saya seronok mengamati bait-bait sajak. indahnya bahasa mengusik jiwa. rindu akan dunia sastera yang sudah lama ditinggalkan. teringat pula zaman persekolahan mencurahkan bakat kecil yang terpendam. teruskan berkarya dengan hati yang mulus.

nota: masih ingat saya lagi? rakan lama di segamat. nizam, pensyarah undang-undang. kini berkelana menimba ilmu di london, uk. jumpa lagi. ;-)

Ilham Ainol said...

salamat bertemu di wilayah maya.
tahniah kerna berpeluang ke luar negara menimba ilmu. selamat berjaya.
terima kasih kerna sudi singgah.

D'Rimba said...

Wahai warga UITM Segamat.......

Ilham Ainol said...

salam kenal D'Rimba,
salam dihulur tangan menyambut.
moga sering dirahmati-Nya...