Secuil hati ini
Lelah diramas jejari rindu
Tambah sebak menyaksi dedaun kalender berguguran
Nasib jemari hati diramahi semilir lembut
Namun disesaki semula pelaluan rindu yang menginsut
Merisau tentang pemuja yang ramai
Kerna kini ia cuma dimiliki dia yang permai
Bersayaplah rindu
Terbanglah kepadanya agar gesit dipatahkannya
Atau mungkin angin gelora sedia meraup ranting lara itu
Demi mendambakan sebuah perteduhan di bawah pohon pengharapan
Kala cinta menyatu bersama-sama kita menghuni taman Firdausi
Diikaterat sebuah perkahwinan yang berpelangi
Bukan lagi pertemuan di gigi mimpi
Di tebing mata di pantai memori
Bernoktah saat kaca ilusi terhempas ke lantai realiti
Ilham Ainol
Segamat, Johor
2 Jun 2009
2 comments:
namun.. rindu itu amat sukar untuk menimbulkan sayapnya.. apatah lagi mahu mematah sayap si rajawali. seribu pengorbanan sejuta keringat si sang rindu terpaksa harungi..
p/s hye laoshi.. long time no see.. hahahhaa
salam kunjung ami.
masih ingatkan wo.
moga cuti dimanfaatkan sebaiknya.
selamat maju jaya.
Post a Comment