Monday, October 5, 2009

Sekam Mengemam Prasasti Semalam


Kau menggulai lahar dendam
Di dalam kuali panas berkarat hitam
Tersarang dari sekam prasasti semalam
Seolah si bayang gelemat mengherdik malam legam
Sengaja gemar mengganyang si kerdil
Kerna malu akan kekerdilan diri terpencil
Di sisi malam meronta menempik tidak adil
Hakikatnya kau memang pembuli yang pekak dan tuli
Buta lagi hina cuba mengalihkan tumpuan realiti
Akan kebejatan yang melata di wilayah diri
Kerna kepongahan pemimpin dan dasar yang berduri
Hasad melihat kekuatan yang dimiliki si maling
Pada hal kau lah maling di bumi asing
Bertandang tanpa diundang
Berbondong-bondong meraih peluang
Tidak puas kau menjelma menjadi petualang
Menghuni kamar geriji kerna tergiur kilauan emas
Menghantar jerebu melangkaui sempadan, kami lemas
Pabila tsunami dan gempa mengganas
Kami juga yang menghulurkan tangan
Kini,oleh kesilapan yang huma kau kesasauan
Ingin menyapu warga yang tidak berdosa,terpana
Di manakah letaknya budi dan jasa?
Sedangkan tanganmu berlumuran lumpur hina.

Ainol Hasanal Bin Jalaluddin
Segamat, Johor
15 Sep 2009


* Sajak ini telah diterbitkan dalam akhbar Berita Harian pada 3 Oktober 2009.

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Salam, Tahniah kerana sajak tersiar dalam BH 3 oktober. Sajak yang menarik.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

marah benar dengan Indon.. nape ni.. sabar je lah.. ketinggian tamadun membezakan sikap mereka