Monday, December 7, 2009

Bengkel Penulis Muda Johor 2009 (Pemurnian Karya)



dipimpin oleh Aminah Mokhtar,Zaid Akhtar dan Nisah Haron

Sesi menelusuri Sungai Segamat,
menjejaki laluan Bendahara Tepuk

Semak yang menyembunyikan kesan batu
semasa Bendahara Tepuk mendarat di Kg. Lubuk Batu


Makam Bendahara Tepuk di Kg Lubuk Batu



Makam Raja Temenggong Muar
dan kerabat






Pokok Tanjung yang berusia ratusan tahun
setia menemani Makam Bendahara Tepuk




Menelusuri Sungai Kapeh



Sungai Kapeh tenang mengalir


Sungai Kapeh dipijak kaki Jambatan Kedua Segamat


Sungai Kapeh pernah disesaki kolek,perahu dan
bedar pada suatu masa dahulu


Kerjasama erat dan berterusan antara Yayasan Warisan Johor dan UPENA UiTM Johor telah berjaya menganjurkan beberapa bengkel penulisan karya kreatif.  InsyaAllah melalui bengkel ini akan terhasillah
4 buah novel yang dikarang anak-anak Johor yang mencintai penulisan karya sastera. Mereka adalah
 Zety Natamulia, Mohd Firdaus, Lee tan Luck dan Nazhatulshima. Tahniah dan syabas kepada
 semua peserta yang berjaya menghasilkan karya yang bakal menambah khazanah bahasa
dan bangsa Melayu.

2 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

tahniah dan syukur krn dapat kita jayakan program ini.. Hanya terkilan kerana peserta dan AJK kita tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya..

Tahniah Ainol berjaya menjayakannya hingga ke noktah ini.. syukur dan terima kasih.

Ilham Ainol said...

Salam singgah ustaz,
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT.selebihnya kerjasama erat dan bersungguh-sungguh di antara kita(YWJ dan UPENA Johor) telah menelurkan hasil yang membanggakan.setidak-tidak pun kita sempat berkenalan lagi dengan kak Min,Nisah dan Zaid. Tuan Haji Dzul Karnain dan Tn Haji Shapiai pula turut membumbui program kita dengan usikan dan pengalaman yang dibutuhkan kita semua agar ia santai namun berkesan.Amin.
Terima kasih semua...