Masjid Shah Alam menjelang Maghrib 25 Jan 10
Koordinator UPENA 2010
Lewat petang 25 Jan 2010 saya ke UiTM Shah Alam menghadiri Mesyuarat UPENA. Seluruh Koordinator UPENA dari kampus induk dan cawangan berkampung di INTEKMA Resort, dan INTEC Shah Alam selama 2 hari. Pengarah UPENA iaitu Prof Madya Hajjah Hamidah telah mempengerusikan mesyuarat. Beliau memohon kerjasama semua Koordinator untuk menggembleng tenaga,masa dan idea bagi mencapai sasaran penerbitan bagi tahun 2010. Beliau mensasarkan peningkatan 20% bagi tahun 2010. Tahun lepas sebanyak 200 tajuk buku dan makalah berjaya diterbitkan,ia merupakan suatu rekod pencapaian yang membanggakan. Sesi pagi juga disisipkan dengan taklimat berhubung mengadaptasikan buku terbitan PEARSON. Ia merupakan usahasama dan jaringan industri yang sangat dialu-alukan. Buku-buku PEARSON yang sesuai dengan silabus atau rujukan pelajar/pensyarah boleh diadaptasikan agar ia bersesuaian dengan konteks watan. Kadar peratus kandungan yang dibenar diadaptasikan ialah 20%. Penulis buku atau pensyarah akan dibayar royalti dan nama mereka akan tertera dalam buku tersebut.
Bengkel PRISMa pula terbahagi kepada Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa 1 program pangkalan data PRISMa ini berperanan untuk memudahkan para pensyarah memuat-naikkan maklumat penerbitan, penulisan dan penyelidikan secara atas talian. Ia bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan mengaksesnya dalam upaya menilai sumbangan dan penglibatan para pensyarah dalam bidang-bidang berkaitan pengajaran, pembelajaran, perundingan dan penyelidikan. Ia juga membantu pihak pengurusan merencana dan melaksanakan program-program pembangunan staf dengan lebih kemas dan berkesan.
PM Iris Swaze dari UiTM Sarawak
- Fasilitator PRISMa / salah seorang Pembangun Program PRISMa
- Program PRISMa pernah meraih Gangsa dalam IID.
Manakala Fasa 2 program PRISMa pula bakal diluncurkan dalam bulan April 2010. Fasa 2 pula berperanan memudahkan para pensyarah memuat-naikkan manuskrip yang lengkap dan bersih untuk diterbitkan oleh pihak UPENA. Pihak pensyarah tidak perlu melalui Koordinator UPENA Fakulti atau Cawangan masing-masing. Mereka boleh terus memuat-naikkan karya/manuskrip yang siap, lengkap dan bersih melalui PRISMa untuk dihantar terus kepada Pengarah UPENA. Pengarah UPENA akan mengagihkan manuskrip kepada koordinator-koordinator yang berkenaan dengan bidang kepakaran dan tanggungjawab masing-masing. Seusai suntingan manuskrip akan dikirimkan kepada penulis/pensyarah untuk dikemas-kinikan. Selepas dikemas-kinikan maka manuskrip tersebut akan dihantar semula kepada koordinator berkenaan untuk diproses sehinggalah ia siap untuk diterbitkan. Ia bertujuan memastikan para penulis/pensyarah bertanggungjawab ke atas manuskrip masing-masing di samping terlibat dalam proses pra-penerbitan tanpa melalui penghantaran pos yang mana ia memakan masa dan dapat menjimatkan kos.
Para peserta tekun mendengar taklimat
Mega mewarnai durja senja 26 Jan 10
(pandangan dari jendela Hotel Concorde di bilik 1208)
1 comment:
Assalamualaikum, Tuan.
Seperti yang dijanjikan, senarai e-book yg tuan boleh download dari blog saya.
http://azman-aziz.blogspot.com/2009/09/e-books.html
Azman A Aziz (Kelantan)
Bengkel Prisma
Post a Comment