Sabtu lepas (22 Mei 2010) saya ke Larkin Perdana, JB untuk menyaksikan teater "Kg Cetek" atas undangan Tuan Rusdi pegawai DBP Wilayah Selatan. Saya meminjam kata-katanya yang terdapat dalam blog seperti berikut...
23 Mei 2010 (Sabtu - 8.30 malam)
Kehadiran penonton seramai 80 orang. Seperti dua pementasan yang sebelum ini lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' dialunkan untuk dinyanyikan bersama-sama dalam kalangan penonton. Tiga orang penggerak teater dari Singapura iaitu Kumpulan Teater Artistik diketuai En. Roslan Mohd Daud turut hadir menyaksikan pementasan yang terakhir ini, juga pensyarah dari UiTM Johor, Segamat iaitu En. Ainol Hasanal turut hadir menyaksikan teater selama 45 minit ini. Hadir sekali lagi Sdra. Sharrul Rizal DBPWT dan Sdra. Syaidul Azam DBPWS. Agak berkurang soalan yang dilontarkan dalam sesi dialog pada kali ini.
Sesungguhnya dalam kekangan kewangan pementasan teater skala kecil ini boleh dipentaskan dengan usaha dan semangat yang jitu tiga pihak iaitu DBPWS - KESUMA-I - Seni Mahligai. Halangan kekangan kewangan bukanlah satu yang boleh dijadikan alasan yang besar untuk mementaskan teater sebegini, jika mahu semuanya jadi dan terlaksana.
Terima kasih buat semua penonton yang meluangkan masa dan hadir menyaksikan teater ini, sokongan dan teguran anda semua amat-amat dihargai, terima kasih buat kesemua tenaga produksi dalam kalangan ahli KESUMA-I bersama orang kuatnya Sdra. Mohd Razif Adanan dan ahli Seni Mahligai, terima kasih buat urus setia @ petugas DBPWS yang terlibat ketika dua hari pementasan ini termasuklah Mohd Rizal, Ezuwan, Roslin Majidi, Faizah, Roz Idayu, dan Norsheilla serta semua staf lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung sebelum seminggu pementasan diadakan. Sekalung penghargaan buat persatuan dan staf DBPWS yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
1 comment:
Tuan Ainol,
1. Pertamanya terima kasih kerana memuatkan hal dan kisah 'Kampung Cetek' dalam blog Tuan.
2. Berbanyak terima kasih kerana datang dari jauh untuk menyaksikan teater skala kecil seadanya ini.
3. Benar... panji perjuangan harus terus digerakkan walau dalam pelbagai kekangan selagi termampu mengikut 1000 jalan yang ada.
4. Tidak sabar untuk 'berteater' di UiTM Johor, Segamat nanti ya...
5. Saya telah memasukkan blog Tuan dalam senarai blog yang saya sering pantau.
Terima kasih.
Post a Comment