Friday, August 27, 2010

Laut

Kau lena di dalam dakapanku
dengkuranmu mengundang tanya
adakah lenganku lautmu
kudakap lagi lalu kau terlena
lantas benakku berfikir
kita adalah seluruh segara
zuriat kepada laut
dan kau adalah isteriku.

Ilham Ainol
PPJ Segamat
27 Ogos 2010
(terjemahan sajak Zhou Tianpai:Sin Chew Jit Poh,15/8/10)

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Ainol,
Selamat meneruskan ibadah dalam Ramadan ini.
Cantik foto itu, apakah foto di perairan Pulau Tioman?

MADiSYAK said...

Huraian yang puitis.

mohamad kholid said...

salam... saya terpaku membacanya