Cameron Highlands sering mengimbau memori kerna kami pernah tinggal di sana selama 4 tahun pada penghujung tahun 60-an. Cuaca yang dingin berawan, kekadang basah dan lembab, kebun bunga dan sayur serta strawberry yang tersusun, kebun teh yang kehijauan, kedai teh yang semakin popular, lereng gunung yang segar- sesungguhnya wilayah wisata ini amat berbeza dan mengujakan. Juga, Heritage Hotel bakal dikenang jua.
Cubalah dekatinya!
1 comment:
Tuan Ainol,
Seronok dapat bercuti di sana, saya pernah cuba ke sana (sudah sampai di Tanah Rata) namun setelah 2 jam dari Tapah kerana kesesakan kenderaan yang teruk terpaksa patah balik kerana tiada hotel (penuh); lain kali saya kena beringat jangan ke sana ketika waktu kemuncak cuti sekolah atau cuti am.
Post a Comment