Tuesday, October 5, 2010

Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Mandarin 2 Okt 2010 di UiTM Kota Samarahan Sarawak

usai pertandingan, foto diabadikan. Nor Izzati, Chong Peng Hwa, Ainol laoshi dan Sufian sempat berfotoan di pentas yang berlatarkan banner "Kehijauan Satu Dunia"
Giliran Izzati melontarkan pendapat tentang tema Kehijauan Satu Dunia.

Sufian pula santai dan bersahaja mengutarakan ide.

Azizin laoshi, Ainol laoshi dan Chirstina laoshi. 3 orang laoshi bukan Cina yang mengajar Bahasa Mandarin di UiTM Malaysia, Shah Alam, Segamat dan Kota Kinabalu. Azizin pernah ke Beijing menuntut ilmu, manakala Ainol dan Tina ke NCCU,Taipei,Taiwan.
Neslo Tabur Dinosaur dan Teh 3 Lapis
minuman popular di Kuching: nyaman sekali...
ayuh! naik tambang ke seberang, ke Kg Buaian dari jeti berhadapan Hilton. makan laksa Sarawak, mee kolok, nasi ayam penyet ,umai dan mee jawa. nyaman amat!

makanan dalam penerbangan MAS ala kadar, tidak nyaman dan membosankan...
kecuaian staf kaunter daftar masuk MAS di Senai,bagasi saya dihantar ke Tawau bukan
ke Kuching. geram,kecewa dan marah berganda setelah membelanjakan hampir
 RM400.00, saya hanya dibayar ganti rugi RM80.00. harga sebuah kecuaian yang
melampau!
 kecewa, namun aku reda...

1 comment:

Melihat Kesunyataan said...

Ainol,
Sempena Mesyuarat Agong PPJ tahun, yang akan diadakan pada hujung tahun ini PPJ akan menerbitkan antologi sajak bertemakan '1 Malaysia'. Boleh hantar karya terus kepada saya melalui email: shapiai@yahoo.co.uk.
Segera.