Tuesday, May 13, 2008

Hujan

Rajuk alam jumantara melawan
Jutaan jemari bayu menyulam gemawan
Dingin meranggah panas meratan
Ribut tercipta petaka lebah bersialang
Seusai sandiwara langit kecundang
Titisan nirmala wingit membasahi jemala bonda
Penyegar batin menjeru bahagia
Penyejuk ranah rezeki melakah
Meluku menanam menuai tuah
Bertambah indah pabila bianglala menjengah
Pantulan berahi seri sang rawi
Lukisan alam karya biasan IIahi
Kita dianjur cekap menghayati
Menyaring sari kehidupan duniawi

Anugerah IIahi pada insani

Ilham Ainol
22 Apr 2008

2 comments:

Nazhatulshima Nolan said...

Salam Ainol,
Selamat datang ke dunia blog.
Saya suka membaca karya ini. Bahasa yang segar dan menambah kosa kata saya sendiri. Teruskan.

P/S: Andai 'shimanolan' itu pautan blog saya, alamatnya silap.

Ilham Ainol said...

terim kasih kerna sudi singgah melawat blog saya.maaf dipinta kesalahan tak disengaja tapi kesilapan itu telah diperbetul..