Friday, May 23, 2008

Sajak Untuk Guru

Jamung bangsa

Anak orang kau didik agar jadi cerdik
Anak orang kau ajar jadik celik
Anak orang kau pimpin jadi baik
Anak orang kau denda bila dia jelek
Anak orang kau kelek bila dia buat perkara pelik
Anak orang kau asuh bersantun berperangai cantik
Anak orang kau bangga bila kejayaan diraih
Anak orang kau gembira bila hasil dituai berlebih
Anak orang kau damping tanpa rasa jerih
Anak orang kau sanjung penuh kasih
Pengorbananmu senyap membisu
Hanya berbunyi di pangkin jaya yang diburu
Hanya berdentum di terjal kegagalan itu
Roda pendidikan berputar pasti
Menyaring pati yang baik indah tak terperi
Menapis sisa menyuntik penawar pada yang kesasar
Agar hari muka bersinar benar

Ilham Ainol
segamat
25 April 2008

1 comment:

hidayu said...

guruku......
aku tahu disebalik semua yang kau lakukan adalah kerana kasih sayang mu kepada anak bangsamu

disebalik ketegasanmu
aku tahu kau cuba membangunkan anak bangsamu yang kini sedang lena dalam minda yang masih di pentas psikologi barat....

guruku..
jauh disudut hatimu melonjak keinginan mahu melihat kejayaan anak bangsamu
terimakasih atas bebelanmu

aku bersyukur dikurniakan guru setegasmu agar dapat aku lembutkan hati yang semakin ingin kepada hiburan dan keseronokan ini dan semoga aku tyidak terus hanyut dalam kesibukan pentas lakonan dunia