Thursday, June 19, 2008

Kekasih


akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu
akan kupetik bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu
akan kurebahkan mentari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu kekasih,
hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan syurga ilusi

usman awang

5 comments:

AhmadNawawi said...

sajak2 klasik ni kalau disimpan elok2 baik sangat le tu.. sy tersentuh bangat dengan ke makam bonda...

ina marjana said...

salam ainol, setuju bangat dgn ust nawawi. sajak ini tak jemu2 dibaca.

Ilham Ainol said...

salam ustaz dan ina.sajak-sajak seperti Gadis dan ayat suci,Melayu dan Ke makam bonda juga bakal membuatkan kita merenung jauh dan jenuh sejenak.kesannya teramat peribadi dan mengesan di jiwa.

Anonymous said...

qili!zou shang hao!ayat pertama yg membawa kpd berjuta kata.dedikasi laoshi dlm menurunkan segala ilmu membawa erti yang besar buat kami. xiexie laoshi. NURUL LIYANA FAIZ,BMD3B5 (n_n)

Ilham Ainol said...

salam nurul.xiexie ni de komen.wo hen xihuan ye hen gaoxing(happy).
wo cuba melakukan sesuatu yg akrab dan lembut di nubari.singgahlah selalu!!!