Monday, June 9, 2008



Agak lama juga saya menghilang daripada ruang maya kerana masa banyak diperuntukkan kepada kerja-kerja penyelarasan menganjurkan Bengkel Penulis Muda Johor di Hotel Sri Pelangi Muar tanggal 27-29 Mei lalu. Selenggaraan bersama Kerajaan Negeri Johor, Yayasan Warisan Johor dan UPENA Johor Kampus Segamat sesungguhnya membuahkan hasil. Para pembimbing yang tersohor dalam genre cerpen dan novel seperti Aminah Mokhtar, Nisah Haron dan Zaid Akhtar telah sudi membimbing dan memandu bengkel tersebut. Para peserta merasa teruja dan terilham untuk menghasilkan novel seperti yang dihasratkan oleh pihak penganjur. Memang usaha sedemikian bakal memakan masa dan wang namun usaha murni itu perlu dimulakan dan disuburkan. Ternyata saudara Mohd Firdaus dan Lee Tan Luck telah berjaya menghasilkan novel yang bakal mengisi rak-rak di toko-toko buku untuk dinikmati pembaca dan pengkritik. Masih banyak yang perlu dilakukan oleh kita sebenarnya dan ia terletak di bahu-bahu pihak yang berwewenang dan berkepentingan. Jamung yang dinyalakan perlu dibiarkan terus menyalakan api pengharapan dan terus juga menyinari jalan penghasilan novel yang bakal mewarnai dunia kepengarangan dan kesusasteraan Johor dan negara. InsyaAllah.

3 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Assalamualaikum Laoshi Ainol,
Sungguh saya tak sangka, Laoshi seorang penyair yang hebat.

Anonymous said...

salam, ainol, baru berkesempatan membaca blog ainol. Penuh Urna!!!!! cantik sekali dan puitis kata-kata yang dihidangkan.

Saya nak mohon izinkan buat link ke laman web ainol ya.

Utk makluman ainol alamat email saya tu ialah
http://www.inamarjanaulfah.esasterawan.net

Salam halim, wah ada laman web ya, izinkan saya buat link ke laman halim ya.

Ilham Ainol said...

terima kasih halim dan ina..kerna sudi singgah meninggalkan pesan.kawan-kawan yang sejati berani menegur dan menasihat demi kebaikan.