Friday, November 28, 2008

Datuk untuk Pak Beca


Sekeping pingat Datuk SRK terlantun ke cuping maruah
Tercalar sebitara amarah terluah
Bertambah parah tersangkut ke kuku musuh berdarah
Segenap dinding bisu bebal tetiba sumpah-seranah

Pingat melambangkan kegigihan dan pengorbanan mulia
Jasa dikenang kerna mengangkat martabat bangsa
Jerih menjaja jenama nusa seantero dunia
Apalah nak dihitung besi sekerat cuma
Bila laba dianggar berlipat ganda

Usahlah kecoh petaka ibu ayam senak bertelur
Sebutir diraih sekampung bingit tak tentu mashyur

Cubalah mengenang bakti si Pembeca
Gucuran keringat setulen emas ditempa
Urna menghiasi kenderaan mesra menyapa
Segenap pelancong seronok membingkis kenangan ria

Itulah secuil pengorbanan kasih yang sejati
Sematkanlah pingat megah itu di dada nubari
Selempangkanlah pujian murni ke bahu pertiwi
Pandanglah ke dalam bukan ke luar sahaja
Barulah pandangan bergeliga berimbang tara

Ilham Ainol
Segamat, Johor
27 Nov 2008

1 comment:

inamarjanaulfah said...

salam ainol, wah byk sekali puisi-puisi sdr. pasti kan telah dihantar ke esastera atau mana-mana media cetak. nanti boleh dipertandingkan & saya yakin akan ada yg layak menerima hadiah.

saya sudah baca email. hajat di hati memang teringin nak ikut bermesyuarat tetapi apa nak buat... saya sudah jauh.

apa pun selamat menulis & kirim salam kpd semua ya. buat program yg bagus2.