Friday, January 16, 2009

Saat Jasad dan Bayang Kejahilan Bercumbu










Kau kebumikan jasad kejahilan di perkuburan keegoan
Ditalkinkan oleh sebabak lelucon mengalpakan

Diiringi hilaitawa dan hentakan kaki menggeletek realiti
Kabur pada babak usungan jasad longlai tangisan merobek nubari
Lali pada sebuah kezaliman yang berulang di penjuru empati

Aku hanya mampu menembakmu dengan deraian peluru kekata dan airmata
Kau balas dengan ledakan dahsyat meragut maruah harta dan nyawa

Kamu sibuk bertingkah menjaja simpati menyua derma huma
Mereka menghitung mendarab korban dan cedera

Dia pula nyaris tersangkut leher di dahan ketidakwarasan
Cuma menanti dahan patah menimpa sebuah kejahilan yang berpanjangan
Yang terpinga hanya tikus dan gasar sibuk mengirai tulang bergelimpangan

Ilham Ainol
Segamat, Johor
15 Jan 2009

4 comments:

syafiq said...

halo lao shi..
ni hao ma??
n hope its still not 2 late 2 wish u..
sheng ri kuai le!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum Laoshi..

blog yang menarik..

Anonymous said...

assalamualaikum laoshi.. moga panjang umur murah rezeki.. bahagia disamping keluarga.. sy br je sempat tgk blog laoshi .. ermm penggunaan bahasa yg bagus dlm mghasilkan puisi dan sajak..saya harap laoshi teruskan menghasilkan karya begini...
chaiyok!!! hehehe..
from : farah

cahya keharumanKU said...

assalamualaikum laoshi...
maaflah saya baru dapat tgk blog laoshi...
tahniah... menarik dan terima kasih krna memberi pluang kpda saya utk lebih mhargainya keindahan bahasa kita ...

dan harakan tak terlambt utk saya wish slamat hari lahir yg ke 46...

smoga laoshi sentiasa sihat slalu, dimurahkan rezeki olehNya serta sentiasa brada dibawah keberkatanNya... aminn...

salam...