Tuesday, July 14, 2009

Harum Mawar Wingit Di Segara Cinta














Kau dimesrai pabila sayap cinta melayap ke jantung segara
Berurna kirmizi terpercik keindahan di dada sukma
Mauduk cinta menangkap cicipan salam syahdu tertera
Dibelai mesra dan diiringi warkah sarat mengendong rusuhan rasa
Pojok rindu tertujah sembilu pawana kesuma
Meruntun kalbu memanggang raga
Bisikan dan rayuan bersenandung di pangking bahagia
Mencipta kisah sehebat cinta Rabbiatul Al-Adawiah
Gemilang bersemadi di lipatan sirah
Mungkin tidak seromantis pertemuan Samson dan Delilah
Dan, tidak seindah seribu bianglala menabiri pentas cinta Uda dan Dara
Kisah-kisah mereka seharum mawar wingit di taman syurga
Aku cuma memetik tuah bersulam kesyukuran di setiap kesempatan tersua
Seusai pojok yang terbina megah beribu tahun jenuh dibicara


Ilham Ainol
Segamat
6 Mac 2007

p.s : Puisi ini sudah diterbitkan dalam Majalah Sastera.Net Edisi 6 (Jan-Mac 2009)

2 comments:

Ahmad Nawawi said...

cinta Uda tak sama cinta Rabiah walaupun sama hebat geloranya..

Ilham Ainol said...

salam ustaz,
memang tak sama. cinta Uda dan Dara cinta antara manusia,walhal cinta Rabiatul cinta tulus kepada Maha Esa.
terima kasih sudi singgah...