Friday, July 3, 2009

Zoo Politikusarkastira


Berpesta 15 ekor gajah di tepi bukit ujung utara
Tempikan senggolan adu tenaga meratah kuasa
Gading dikilir tajam menusuk rusuk kala berpaling
Dengusan memekak menutup pandangan bening
Kelibat lincah berpencak mencicip huma saat bertanding
Durja mempamer kebebalan saat memintal janji
Bergema hamburan janji bak syiling menari
Lahar suntikan wang kejap menbanjiri
Jalan ditar lubang ditimbusi
Bagaimana aku mahu merancang di sebalik kandang berduri ini?
Apakah yang hendak aku rencanakan seandai rantai membelenggu diri?
Jadilah aku murba yang dipertontonkan untuk mengirai malu
Mereka menghitung untung kami mengutip palsu.

Ilham Ainol
Segamat,Johor

No comments: