Tuesday, July 28, 2009

Yasmin, Kau Ke Negeri Akhir Itu


Terpempan mendengar khabar
Yasmin diserang ahmar kala bincang panjang lebar
Langsung rebah koma majlis hingar-bingar
Setelah bertarung nyawa kurang 48 jam
Kau menuju ke Negeri akhir dengan mata pejam
Tinggallah tugas bertimpa-timpa butuh dimuktamadkan
Namun kau berjaya meninggalkan sebagasi hasilan
Karya bermutu bernafas baharu kekadang mengundang perbahasan
Kau tuli pada jeritan konvensi dan penjilat tradisi basi
Yang penting genre ini perlu disuntik sari berisi
Bervisi melangkau dimensi basa-basi
Menterjemah kehidupan sebenar di layar maknawi
Ditatap diiktibari moga bidang ini tetap melenterai
Kangkang industri yang kian mengecil hilang arah tujuan
Seringkali tewas pada gunting sakti yang kesasauan
Dihimpit kos meninggi dihambat pelbagai garis panduan
Akhirnya mengusung pesakit yang kian nazak itu
Yang dipersesak para zombi toyol hantu dan Xanado
Hanya kau wani membungkus kebobrokan melata
Babak dan dialog yang dibekal bisa mempersegar tangkapan lensa
Mencipta karya agung tersorot bangganya di persada sutradara.


Ilham Ainol
Segamat, Johor
28 Julai 2009

4 comments:

aspa said...

salam,laoshi..
puisi ni yg paling tertarik:
Yang dipersesak para zombi toyol hantu dan Xanadu..
xanadu pe maksudnye..
mcm 1time sy dgr..hehehe
yokata!!

Ilham Ainol said...

salam aspa,
zaosahng hao.ni hao.
ai ya, kamus dewan atau kamus BI ada? di dalamnya tersisip setia,cuma menunggu sang mata yang ceria tuk menemuinya...
xiexie ni lai kan wo de blog...
zaijian...

AMIREZKA said...

hurm.. puitis. mendalam, namun harus membelek setip perkataan dan ungkapan didalam kitab bahasa melayu..
ekekke

Ilham Ainol said...

salam ceria ami.
sekurang-kurangnya terselak jua helaian kamus yang mulai mengakrabi sang habuk!!! heheheh..
selamat kembali ke kampus..