Wednesday, March 16, 2011

Teater Primadona...Perahu Mimpi 12 Mac 2011 di Dewan Kuliah 1, UiTM Johor

Pendukung teater PPM ...Dona dan Bayu
dibantu oleh Dian dan Isky

diirngi suara lunak lemak dan gemersik Datin Shima, penyanyi Istana Johor.

para pelakon bersila/bersimpuh di lantai pentas saat wacana teater berlangsung

Puan Rahimah Muda,selaku penulis skrip sedang mengulas inti dan sisi teater PPM sambil diperhatikan oleh Sutradara teater PPM iaitu saudara Zambri Pangat. Moderator Sesi Wacana ialah saudara Mohamad Shafik.


Puan Kadariah tidak ketinggalan mengemukakan soalan kepada Pn Rahimah: Adakah PPM masih menyalin rangka dan isi bangsawan pada zaman dahulu yakni dramatari dan puisitari? Bila para penggiat teater tempatan mahu menpersembahkan teater berdialog 100%?
para pelakon mengabadikan kenangan bersama-sama para VIP

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Ainol,
Sekali lagi saya pohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam pementasan ini di UiTM Johor, Segamat tempoh hari. Hari yang sama saya berada jauh di Hulu Perak iaitu di Gerik, Perak. Apa-apapun saya ucapkan berbanyak tahniah buat Tuan atas sambutan hangat pementasan ini walaupun peranan DBPWS hanyalah kecil sahaja selaku rakan kerjasama kecil kali ini. Saya sempat menatap foto-foto pementasan ini yang dirakam oleh kakitangan DBPWS yang hadir pada malam itu.
Tahniah besar sekali lagi buat Tuan Ainol.

Ilham Ainol said...

Salam kunjungan Tuan Rusdi.

Syukur Alhamdullilah.
PPM berjaya diadakan secara kecilan di UiTM Segamat.YB Datuk Ayub sudi hadir menonton dan berjanji akan membantu andai diperlukan khidmat beliau.Kami berterima kasih kepada YB dan Rektor UiTM Johor kerna menyokong dan menggalakkan program seni di Rawang Daksina ini.
Terima kasih kerna mendoakan kami dan sentiasa mengikuti perkembangan seni sastera di sini.