Wednesday, March 2, 2011

Teater Primadona...Perahu Mimpi


Teater Primadona...Perahu Mimpi akan dipersembahkan oleh Kumpulan Inspirasi Unik dari JB pada 12 Mac 2011 jam 8.30 mlm di Dewan Kuliah Kayangan, UiTM Johor Kampus Segamat. Teater ini telah dipersembahkan di UTM Johor pada awal tahun ini.

Usaha kolaborasi antara penerajunya iaitu Persatuan Bahasa Mandarin dan HEP, UiTM Johor dengan kerjasama PPJ Segamat dan UPENA Johor.

Berikut adalah sinopsis PPM:-
Primadona seorang perempuan Timur yang bangkit kerana perempuan-perempuan Timur yang lain. Atas nama feminisme, dia membangunkan dunianya sendiri. Pada zaman itu, pada zaman yang belum mengenal perindustrian, dia mengajar perempuan-perempuan yang tertindas untuk bersama-samanya bekerja menampung kehidupan mereka dan keluarga dengan membuka tempat menari dan berhibur mengikut konsep ketimuran. Di situ tiada arak, tiada pelacuran, tiada tipu muslihat. Pelanggan yang datang dihibur dengan hiburan murni dan diingatkan agar tidak ada penyelewengan. Primadona tidak berdiri sendiri kerana ada sekumpulan lelaki dan anaknya; Bayu yang menjaga keamanan rumah itu. Primadona tidak meminggirkan lelaki kerana di situlah juga tempat lelaki yang kurang bernasib baik membina kehidupan mereka. Pelbagai rintangan dihadapi Primadona tetapi dia tetap tekal merempuh dugaan yang hadir. Primadona bukan sahaja pembela wanita, membantu lelaki malah dialah juga usahawan dan penggiat seni budaya bangsanya.

Tahun lepas PBM telah bekerjasama dengan Gerbang Unik Sdn. Bhd dari JB untuk mempersembahkan teater Tanah Lindungan Tuhan. Ini merupakan usaha kedua PBM membawa seni persembahan teater ke pura ini untuk mendedahkan warga UiTM dan Segamat menghayati teater berbahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa, budaya, adat resam dan mengangkat martabat kaum perempuan seadilnya.
Singgahlah ke rawang daksina ini untuk mendinginkan atma seni kalian! 

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Ainol,
Semoga pementasan ini berjaya serta bermanfaat buat warga pelajar di UiTM Johor, Segamat. Usaha keras Tuan cukup membuatkan gerakan seni sastera hidup di Segamat khususnya si UiTM Johor.
Terima kasih.

Ilham Ainol said...

TuanRusdi。
Kami cuba yang terbaik dan termampu.Kejayaan ini adalah hasil daripada penggemblengan usaha pelbagai pihak iaitu PBM,HEP,UPENA dan PPJ Segamat. Kami juga bersyukur kerna TPHEP sangat menyokong usaha mulia ini. Moga teater PPM berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Insya Allah.

Alpagatani said...

Assalamu alaikum..
Salam kenal,ya..
Isi blognya bagus2.. Selamat berkarya..

Ilham Ainol said...

Salam kunjungan.

Terima kasih kerna sudi singgah baca blogspot saya. Kita pernah berjumpa di mana ya? Saya sukar membuka blogspot Tuan saat mengklik nama. Kenapa ya?
Jemputlah datang lagi. Jangan lupa bagi komen ya.Yuk!