mentari pagi menjulurkan kasih cahayanya kepada alam. pagi 29 Mei serasa lebih ditunggu-tunggu kemunculan di balik bebatu yang berselerakan di tanjung Batu Ayam
suria pagi melibaskan cahayanya ke permukaan teluk yang direntangi jeti nelayan di pantai Penyabong
kenangan dirakam sebaik tiba di Air Papan bersama-sama Tn Hj Shapiai, cikgu Talib Hassan, Cikgu Baharuddin Kahar, sdr Lee Tan Luck dan Pn Hjh Kadariah
Tn Hj Shapiai, cikgu Baharuddin dan cikgu Talib sedang melontarkan idea dan kritikan karya para peserta
dalam bot menuju Pulau Acheh
cikgu Baharuddin berbicara melalui sentuhan rasa dan hatinya,
cerpen bertajuk Capa Rengat beliau wajib ditekuni semua...
Tn Hj Shapiai sedang menekuni puisi bertajuk Ayah! Kunyalakan Obor Legasimu
karya Ilham Ainol
penyampaian santai diselang-selikan dengan usikan lucu cikgu Talib
menggamatkan suasana
bersantai di atas kayu hanyut di Pulau Aceh,
pemandangan yang bisa mengelopakkan kuntuman puisi
bot laju sedang menuju pantai Pulau Acheh
cikgu Baha, Pn Hjh Kadariah, Ilham Ainol dan cikgu Talib sedang mendengar lontaran idea dalam sesi berbahagi pengalaman dengan para peserta yang kehausan ilmu penulisan kreatif. cangkir kosong sempat diisi saat berkongsi pengalaman menulis, memerhati, membaca para pembimbing dan peserta.
3 comments:
tetunya program ini lebih menarik dr yang lalu-lalu.. tahniah..
salam ziarah ustaz.
membuat perkara yang digemari lebih lancar ditambah dengan sokongan dan dukungan padu daripada pihak pengurusan tertinggi.kami berbangga dan bersyukur amat.
terima kasih.
Ainol,
Terima kasih juga kepada UiTM, AJK perbengkelan, PPJ Segamat dan semua peserta yang begitu menunjukkan keiltizaman mereka sepanjang sesi tersebut. Sebenarnya saya ada berjanji akan menyerahkan kembali sajak-sajak yang saya baiki tempohari, tetapi terlupa pula. Sampai di rumah baru teringat.
Saya juga mohon untuk kongsi beberapa gambar semasa perbengkelan itu untuk blog saya.
Post a Comment