Monday, July 7, 2008

Harum Mawar Wingit Di Segara Cinta


Kau dimesrai pabila sayap cinta melayap ke jantung segara
Berurna kirmizi terpercik keindahan di dada sukma
Mauduk cinta menangkap cicipan salam syahdu tertera
Dibelai mesra dan diiringi warkah sarat mengendong rusuhan rasa
Pojok rindu tertujah sembilu pawana kesuma
Meruntun kalbu memanggang raga
Bisikan dan rayuan bersenandung di pangking bahagia
Mencipta kisah sehebat cinta Rabbiatul Al-Adawiah
Gemilang bersemadi di lipatan sirah
Mungkin tidak seromantis pertemuan Samson dan Delilah
Dan, tidak seindah seribu bianglala menabiri pentas cinta Uda dan Dara
Kisah-kisah mereka seharum mawar wingit di taman syurga
Aku cuma memetik tuah bersulam kesyukuran di setiap kesempatan tersua
Seusai pojok yang terbina megah beribu tahun jenuh dibicara


Ilham Ainol
segamat
6 Mac 2007

2 comments:

Latiptalib said...

Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Membalas kunjungan di blog saya. Cantiknya blog Ilham Ainol.

Ilham Ainol said...

terima kasih kerna sudi jua singgah.

terima kasih juga kerna suka paparan blog saya.

saya mensyukuri kurnia Tuhan menghadiahi urna dan bianglala kepada manusia.

singgah-singgahlah selalu...