Thursday, July 3, 2008

Sebungkus mee politik hambar



semangkuk mee berperencah hasad
diperpekat niat tersirat
menghirup rakus kuah durjana
pijar terjelir lidah berbisa
bisa tertumpah busana ternoda
durja terpalit percikan nista
sisa terbelit leher jelata
tercekik dek kelahapan kuasa
terguling-guling di lantai massa
leher dipenggal sang algojo masa
tertitip sirah pengkhianat bangsa
kini, juadah sama ditukar nama
dijamah jua oleh yang alpa


ilham ainol
segamat,johor


3 comments:

riez said...

AssAlAmuAlAikum laoshi..
sy dr clAss D3B6 sEm julAi-disEmbEr 2008 untuk subjEct mAndarin...
lAOshi mtk kAmi kOmEn blOg sEtiAp miggu kAn??
sy dh kOmEn miggu niE..
lAOshi mmg b'bAkAt untuk jd sEOrg pEnulis...
bEst la bAcE ArtikEl niE....

Ilham Ainol said...

salam.xiexie ni de komen.wo xihuan.
wo cuba yang terbaik kerna bidang sememangnya begitu dekat dan melekat di nubari...

Fairul Azri said...

huish... kalau saya boleh translate jadi bahasa mandarin boleh dapat A+ tak. hahaha. very nice laoshi, so deep and meaningful. suits the current situation.