Friday, August 7, 2009

H1N1 Mengetuk Lawang Hidup







Pagi kelmarin kita digemparkan berita seorang pelajar telah dijangkiti H1N1. Dikhabarkan kesemua rakan serumah dan sekuliah pelajar tersebut telah diarah diasingkan. Pelajar termangsa tersebut sebenarnya telah demam sebelum tewas kepada cengkaman H1N1.
Nampaknya penyakit yang ligat menular ini seolah-olah pembunuh senyap yang licik lagi menggerunkan. Kita hanya menunggu sesetianya sehingga ia mengetuk lawang hidup yang sesungguhnya tidak diraikan. Bagi mereka yang dijangkiti moga bertenang dan bersabar,dan patuhi nasihat doktor.
Maka bergegaslah staf Klinik Kesihatan Segamat menghantar penutup mulut dan sigap mengaktifkan bilik saringan dan rawatan. Tindakan ini dirasakan agak terlewat dan mungkin kurang berkesan bagi menawan virus yang cekal dan nakal ini.
Apa-apa pun kita diseru supaya bersiap-sedia dan mengiktibari musibah yang ditimpa oleh-Nya ke atas hamba-Nya yang lemah. Adakah kita cekal mendepani ujian yang sebegitu berat dan dahsyat? Kita masih menanti penawar dan kaedah yang paling berkesan bagi menghapus virus ini. Yang nyata ia masih jauh panggang dari api. Diberitakan hanya pada hujung tahun ini penawar bagi penyakit tersebut mampu dimiliki oleh lebih ramai orang. Oleh itu, bersabar dan redha kepada perujian yang maha hebat ini.
Dalam perjalanan pulang ke rumah,sempat singgah di Lian Hoe untuk mendapatkan buku Kembara Aksara terbitan PBM. Buku yang tertangguh sekian lama itu akhirnya dengan sedikit kecacatan telah berjaya diterbitkan. Ia bakal mengisi rak-rak bingkisan lewat kehidupan kami dalam usaha untuk melestarikan kehidupan seni kami yakni kehidupan Ahli Persatuan Bahasa Mandarin. Mungkin ia hadir dengan pelbagai kekurangan namun kehadirannya amat dialu-alukan dan dihargai. Terima kasih kepada telaga pengalaman!

7 comments:

sALbiYah bTe mOhamMad said...

Adakah penyakit H1N1 yg sedang melanda di seluruh dunia ini adalah peringatan tuhan kepada hamba2Nya supaya kembali ke jlnNya???
---->renung2kan la kita bersama...

Ilham Ainol said...

salam singgah,
setiap perkara yang berlaku terselit hikmah-Nya..xiexie

aznie said...

barsamalah kita memanjat doa kepada Yang Maha Esa, semoga kita semua dilindungi dibawah payung rahmatNya..AMIN...

dAnNielyA_bLo0m said...

hmm..walaupun h1n1 melanda..kelas mandarin terpaksa diteruskn dengan penuh semangat..hee

nabil said...

ada hikmah disebalik semua yang berlaku..so,kene banyak renung2kan kenapa perkara ini terjadi,ada hikmah di sebaliknya..btw ainol laoshi,kotak comment boleh tak letak kat dalam blog,agak susah nak taip komen if dier open with new url.kan?

Ilham Ainol said...

Salam jengah semua,
Terima kasih kerna membaca dan mengiktibari musibah yang ditimpa.
Salam Ramadhan Al-Mubarak...

yaya said...

and and and ..the victim is my fren...pretty sad once read the news in newspaper..well..thats faith..semoga Arwah dicucuri rahmat...