Menguntum bebunga iri
Mercup kelopak cemburu
Tatkala sesungut kumbang menyerakahi
Berahi mengucup sari madu
Sang aku cuma mampu menyaksi
Dari kejauhan bungkam terpendam
Malu berselindung di balik pucuk awan kelam
Sarat urna silang hakikat kehidupan
Di ujana kejam
Ilham Ainol
Segamat,Johor
2 Ogos 2009
2 comments:
laoshi cantik gambar bulan penuh tu..lps ni ltk gmbar anak bln plk..dah nak puasa ni...hehehe
salam ziarah Sal,
xiexie ni.wo akan masukkan bulan sabit atau yang sewaktu dengannya dalam entri berikutnya menjelang Ramadahan Al-Mubarak...
Post a Comment