warkah kepada diri
kukirimi warkah ini
kepadamu sang diri
disarati guyuran hujan iri
digabaki diksi cemburu berduri
direntap bayu cemas bersiri
namun lahar rasa terpecah ruah
terpijar oleh panahan mentari pasrah
kini langit sedar meniti realiti
saat setem berwajah waras terisi
kemas di sudut ingatan kepada-Nya pasti
yang digelar sang iman semula memimpini
warkah menujujaya ke penjuru destinasi
Ilham Ainol
PPJ Segamat
27 Julai 2010
No comments:
Post a Comment