Wednesday, June 22, 2011

Menguak Jendela Kenang

membuang pandangan ke luar jendela di kamar kuarantin
radiotiodin terapi tanggal 27 April 2011 lepas

Duduk-duduk santai sambil jari menyelak helaian kenang amat mengasyikkan. Sekurang-kurangnya begitulah buat saya. Andai kenangan yang ditatap itu indah dan membahagiakan, apa ‘dosa’nya saya berasyik-asyikan sejeda saat digumuli dan dihenyak rutin harian yang kian membusung dan berselerakan....
Semalam sempat bersembang dengan Prof. Kamil, beliau bercadang membawa Konferensi IABEC UiTM Johor ke Universiti Madinah pada masa depan. Semua maklum bahawa beliau bakal meninggalkan UiTM Johor pada pertengahan Ramadan nanti. Khidmat bakti dan kepakaran beliau amat dibutuhkan oleh pihak Arab Saudi. Tahniah Prof. Moga jalinan antara universiti ini bakal menghasilkan sesuatu yang berimpak tinggi. Pihak PJI sentiasa tidak akan melepaskan peluang ini. Prof bakal menjambatani persahabatan dan usaha murni ini. Jauh tapi dekat, juga jauh tapi mesra!

Prof juga sempat menyuntik semangat kepada saya untuk terus menulis. Beliau beranggapan gaya tulisan saya baik dan boleh diketengahkan. Beliau juga tidak lokek menjadi orang perantaraan andai saya mahu menghantar karya/artikel ke mana-mana makalah. Buku beliau, Travelogue Haji menjadi inspirasi saya. Motivasi lisan yang luhur ini amat dibutuhkan oleh saya. Percayalah, saya amat bersyukur dan insaf akan nikmat yang dikurniakan-Nya.

2 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

syukur Allah temukan kita dengan Prof MKI.. saya teringin sangat nak ke Madinah utk ziarah n seminar..

Ilham Ainol said...

Salam ziarah ustaz.

Dari Jakarta kita bisa langsung ke Madinah. Perancangan DIA untuk kita banyak dan besar ertinya buat kita semua. Moga kita diberi kesihatan tubuh badan dan ketajaman minda untuk merealisasikannya. Saya yakin, PJI BOLEH!