Thursday, October 6, 2011

Sejeda dengan Pak Baharuddin Haji Kahar


Petang semalam sempat berjumpa dengan Pak Baharudin Haji Buyong Kahar di rumah sewanya di Jalan Temenggung, Segamat. Saya berhasrat untuk menyerahkan 12 buah cerpen hasil nukilan staf UiTM Segamat, UiTM Melaka dan UiTM Kota Samarahan. Seusai bengkel penulisan kreatif di Pantai Penyabong, Mersing lewat Mei lalu, kami bercadang menerbitkan antologi cerpen dan puisi.  Pak Baha diminta untuk menulis prawacana atau prakata atau umbara kata buku tersebut yang bakal diberi nama Kembara Persada atau Sanggar Ilham. Buku comel itu bakal diterbitkan di penjuru tahun ini.

Dalam masa sejam, kami sempat berbual seputar seni, sastera dan buku-buku Pramoedya. Keluarga Gerila dan Bumi Manusia disentuh sepintas lalu, kerna ia merupakan sebuah karya agung yang wajib ditelaah dan dikutip pengalamannya oleh kita semua.

Kata Pak Baha, seorang penulis menulis untuk mencari kejernihan dalam suasana kehidupan yang semakin keliru, kesasar dan kasar. Penulis mencuba mempersegar suasana yang berbentuk realisme iaitu kasih-sayang dipersubur, adab dan moral dijunjung mulia, iklim harmonis sentiasa menyelimuti dan menerangi alam, dan keadilan ditegakkan sebaiknya.  Di samping itu kreativiti dan inovasi dipertekankan agar karya yang bakal hadir akan berjalan seiring peredaran masa dan ada ketikanya ia merentas masa, warna kulit, citarasa dan negara.

Dahaga seni saya lenyap di perigi Pak Baha. Terima kasih Pak Baha.

2 comments:

Sati said...

Assalamualaikum En.Ainol

hilang dahaga saya membaca tulisan ini dan rindu pada Pak Baha terubat..Maaf ive been away for some time.. insyaAllah biodata penulis akan dilayangkan ke email dan pembayaran akan dibuat.. Terima kasih kerana memberi peluang pada insan yang baru bertatih dalam bidang penulisan..

Ilham Ainol said...

As Salam Cik Sati.

Memang seronok dapat berjumpa dan berborak seputar penulisan dan karya-karya agung sastera negara dan nusantara.

Tahun depan kita akan berkeretapi ke Kelatan. Siapkan 2 buah cerpen dan puisi.