Friday, July 4, 2008

pasar raya fitnah



cangkir politik pojok sini tertumpah
terkena ekor harimau tempang lalu menyumpah
lalu jadikan dewasa ini pasar raya fitnah
kasihan penoreh getah pengait sawit rebah
tercekik sebutir nasi bernilai emas
ia sekadar sisa di kamar nubari yang tak pernah puas

teratak Damai berkecai dihempas batu fitnah
atapnya dibakar panahan umpat keji bernanah
dinding dirobek badai kontroversi memusnah
lantainya dimamah anai-anai hasad tak kenal erti lelah

sebelum ditumbangkan sebatang pohon prinsip nan mudah patah
segala kata-kata dahsyat dan menyayat didedah
durja terpalit lumpur malu bila anak kecil bertanya pada abah
apa itu liwat, fitnah, sumpah palsu dan seranah
terpampang pada durja warkah
demi mengaut untung melimpah

malangnya ia bakal kekal tercatat di lembaran sirah
warisan ini dijadikan bekalan
jawaplah leluhur di gerbang masa depan
pangkalan yang menyesak dan menmualkan

ilham ainol
segamat,johor

*luahan rasa dan resah pada kegawatan dan kebobrokan cangkir politik semasa


5 comments:

Anonymous said...

salam ainol, menarik sekali puisi ini -pedas & hangat.

Anonymous said...

Salam En Ainol

Sajak indah disebalik isu punah musnah...

Noraini Ismail

Anonymous said...

salam ina n noraini,

terima kasih kerna sudi singgah.
memang terasa bahang kegawatan dan kebejatan itu,itu yang menyesakkan.kata Pak Samad, kadang2 berlakunya sesuatu peristiwa besar dlm kehidupan kita bakal merangsang penciptaan dan kritikan.penulis juga berhak bersuara dan menyuarakan rasa hati nan resah dan gelisah.tak gitu rafikku?

chymma said...

zoa shang hoa, ainol lao shi,
wo ummi dr class d3b6 pagi td, wo bace puisi n artikel lao shi ni sgt tinggi la bahasa ada sesetengah ayat wo tak berapa faham tetapi hasil nukilan loa shi ini sangat indah...

Anonymous said...

salam banzhang.xiexie ni de komen.wo hen xihuan.kalau bu mingbai tak apa,yg penting ada usaha untuk membaca nukilan wo.kalau ada masa cari maksud dalam kamus.kadang2 kita perlu bersahabat dengan kamus kerna ia benar dan ikhlas...