Tuesday, August 5, 2008

7 Petala Urna Merdeka


mengalir darah ke segenap liang jantung
wani menggempur petualang terselindung
menguning jatidiri indah memekar
santun berbahasa budi mengakar
pundak menghitam mencanang wawasan
kata dikota maruah dipertahan
nubari memutih seputih suralaya
suci memperjuang setiap inci haknya
dedaun usiamu mesra mengucup cabaran
berguguran menyubur ranah warisan
mencipta tamadun melakar kejayaan
senjamu berteja jingga mengasyikkan
membelai rasa mengembalikan kewarasan
bumantara menjunjung lazuardi cita-cita
mencatat kesejahteraan di helaian masa

Ilham ainol
segamat,johor
4.8.08

9 comments:

Akaboshi said...

patriotik dan seni bahasa yang tinggi. hehe...

Core8Quad said...

perghh... pengunaan bahasa yang menyebabkan aku terfikir.. layakkah aku dapat b3 untuk subjek bahasa melayu time spm dulu.? fuh.. tak nak try tulis skrip ke laoshi???

Core8Quad said...

setelah 8 thn tak bukak kamus dewan.. last2 bukak gak untuk mamahami bait ni "bumantara menjunjung lazuardi cita-cita".. best2!!

Ainol laoshi said...

salam kenal di penjurumaya core8quad dan akaboshi,
terima kasih kerna menghantar pujian dan sanjungan,namun sebagai seorang aku yang mencintai bahasa ibundanya,dia sedaya mungkin cuba memartabatkannya,di samping menggalakkan anak2 didiknya kembali kepadanya.siapa lagi yang boleh diharapkan kalau bukan kita.kita yang berhak dan digantung harapan untuk memastikan kelangsungan hayat bahasa kita.maka,teruskan mencari dan menelusuri paya kata dan puncak makna di sepanjang perjalanan yang sepi namun beerti ini...

husaini said...

"bumantara menjunjung lazuardi cita-cita"
neh apa maksud dye laoshi? wo xpham...

Ainol laoshi said...

salam husaini.terima kasih kerna singgah setagal meninggalkan persoalan.bagus tu!
bumantara=langit/angkasa/udara
lazuardi=warna biru/semangat yang cekal
oleh itu,bait tersebut menghantar makna seorang warga yang menjunjung cita-cita setinggi langit biru demi membela negara tercinta secekalnya.harap penerangan ini membantu!teruskan bertanya jua menyemak kamus dewan ya!

komal said...

husaini ni memang malas nk bukak kamus dewan..dia ske tanye je..
pastu 2 hari dia dah lupe..
:D

"kini lawang nubari diketuk tangan-tangan taubat" sy x phm ni laoshi..

Ainol laoshi said...

paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih...terima kasih kerna singgah ke laman sesawang saya...

lawang=pintu

Farah Adiba Azlan said...

salam laoshi.
p'gunaan bahasa yg tinggi dan indah.
saya tertarik.
mungkin satu hari laoshi blh ajar saya menggali bahasa anak bangsa yang sudah lama ditimbus zaman?
;) jemput singgah d fotopages saya.
komen dan sokongan laoshi amat dihargai.
cherry-crush.fotopages.com

ikhlas; Yaya BMD3D5